• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab S9: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:00 pm
  • 26/07/2023
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S9: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Samsung dalam acara Unpacked 2023 yang berlangsung di Korea Selatan mengumumkan kemas kini pada barisan tablet mereka. Sebanyak tiga variasi tablet boleh anda pilih iaitu:

  • Samsung Galaxy Tab S9
  • Samsung Galaxy Tab S9+
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra

Harga Samsung Galaxy Tab S9 di Malaysia

Samsung Galaxy Tab S9 ditawarkan dalam variasi Wi-Fi sahaja ataupun 5G selular. Berikut adalah senarai harganya:



  • Galaxy Tab S9 5G dengan Keyboard (256GB) – RM4,849
  • Galaxy Tab S9 dengan Keyboard (256GB) – RM4,199
  • Galaxy Tab S9 5G (128GB) – RM4,349
  • Galaxy Tab S9 (128GB) – RM3,699

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S9

Samsung Galaxy Tab S9 adalah varian terendah dalam kanagan siri Tab S9 yang dilancarkan. Ia menampilkan panel paparan AMOLED 2X bersaiz 11” dengan kadar segar semula antara 60Hz hingga 120Hz.

Atas papan utama, tablet ini diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang baharu. Cip tersebut digandingkan dengan kombinasi RAM dan storan sama ada 8GB + 128GB ataupun 12GB + 256GB. Untuk ruang penyimpanan yang lebih besar, slot mikro-SD juga disediakan dan slot itu mampu tampung kad SD sehingga 1TB.



Panel paparan OLED haruslah dipadankan dengan sistem audio setaraf. Samsung Galaxy Tab S9 memiliki konfigurasi kuadspeaker stereo yang ditala AKG dan berteknologi Dolby Atmos.

Untuk mengabadikan memori-memori sekelilingnya, tablet ini dilengkapi sistem kamera tunggal depan dan belakang. Kamera belakangnya mengguna pakai sensor 12MP manakala kamera depannya pula 13MP.

Galaxy Tab S9 mengambil tenaga daripada sistem bateri berkapasiti 8,400mAh untuk berikan hayat guna yang terpanjang untuk anda layani kandungan multimedia kegemaran.

Berbanding Galaxy Tab S8, perubahan yang boleh anda cerap pada generasi baharu adalah seperti penggunaan panel OLED berbanding LCD pada versi yang lama. Ia juga kini ditawarkan dalam varian RAM 12GB berstoran 256GB disamping kapasiti bateri 5% lebih besar (8,400mAh vs. 8,000mAh).

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra Malaysia: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang
  • Samsung Galaxy Tab S9+ Malaysia: Naik taraf minimum, tapi ada IP68
  • PROMO: Sehingga RM400 diskaun tambahan untuk tempahan Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Tab S9 & Galaxy Watch 6
Tags: androidmobilesamsungsamsung galaxy tab s9 ultrasamsung galaxy tab s9+tabletUnpacked
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy Tab S9: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar

Samsung Galaxy Tab S9: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar

26 July 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN