• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:00 pm
  • 26/07/2023
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang
Share on FacebookShare on Twitter

[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY


Samsung dalam acara Unpacked 2023 yang berlangsung di Korea Selatan mengumumkan kemas kini pada barisan tablet mereka. Sebanyak tiga variasi tablet boleh anda pilih iaitu:

  • Samsung Galaxy Tab S9
  • Samsung Galaxy Tab S9+
  • Samsung Galaxy Tab S9 Ultra

Harga Samsung Galaxy Tab S9+ di Malaysia

Samsung Galaxy Tab S9 ditawarkan dalam variasi Wi-Fi sahaja ataupun 5G selular. Berikut adalah senarai harganya:



  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G dengan Keyboard (512GB) – RM7,149
  • Galaxy Tab S9 Ultra 5G dengan Keyboard (256GB) – RM6,649
  • Galaxy Tab S9 Ultra dengan Keyboard (512GB) – RM6,499
  • Galaxy Tab S9 Ultra dengan Keyboard (256GB) – RM5,999

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S9 Ultra

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra adalah varian paling tinggi dan yang paling mahal. Ini adalah tablet Android terbaik daripada Samsung untuk maksimumkan produktiviti anda.

Paparannya cukup besar, seperti mengusung monitor. Panelnya berkeluasan 14.6” menggunakan teknology Dynamic AMOLED dengan kadar segar semula 60Hz hingga 120Hz. Tablet ini turut dilengkapi kuadspeaker stereo seperti dua saudaranya yang lain.



Atas papan utama, tablet ini diperkasa Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dengan tiga kombinasi RAM dan storan iaitu:

  • RAM 12GB + Storan 256GB
  • RAM 12GB + Storan 512GB
  • RAM 16GB + Storan 1TB

Konfigurasi kamera belakangnya sama seperti Galaxy Tab S9+ iaitu dwikamera 13MP bersama 8MP (ultralebar). Kamera depan ada pertambahan satu lagi kamera jadikannya turut memperagakan dwikamera hadapan dengan kamera 12MP bersama kamera 12MP (ultralebar).

Di bahagian pengimejan, konfigurasi kamera belakangnya sama macam Tab S9 iaitu dwikamera belakang yang gabungkan kamera 13MP (utama) dan kamera ultralebar 8MP. Mengambil selfie boleh dilakukan melalui kamera 12MP.

Tangki bateri gergasi membekalkan tenaga pada segala komponen elektronik tablet ini. Jangkakan hayat bateri terpanjang dalam siri Tab S9 ini dengan bateri 12,200mAh. Lain-lain ciri menarik perlu anda tahu adalah seperti pengimbas cap jari berada di atas skrin dan juga S Pen disediakan di dalam kotak.

S Pen dan kabel USB-C disediakan di dalam kotak apabila anda endapatkan seunit tablet ini.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
  • Samsung Galaxy Tab S9+ Malaysia: Naik taraf minimum, tapi ada IP68
  • Samsung Galaxy Tab S9 Malaysia: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar
  • PROMO: Sehingga RM400 diskaun tambahan untuk tempahan Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Tab S9 & Galaxy Watch 6
Tags: androidsamsungsamsung galaxy tab s9samsung galaxy tab s9 ultrasamsung galaxy tab s9+tabletUnpacked
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang

Samsung Galaxy Tab S9 Ultra: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang

26 July 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN