[PROMOSI TAMBAHAN] Dapatkan sehingga RM400 diskaun untuk tempahan awal Galaxy Z Flip 5, Z Fold 5, siri Tab S9 dan siri Watch 6 menggunakan kod promosi: SCGALAXY
Samsung Galaxy Unpacked membuka tirai dengan pelancaran beberapa produk baru Samsung. Seperti dijangka, telefon lipat Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 menjadi watak utama dalam majlis gilang-gemilang ini. Di samping itu, Samsung turut mengetengahkan jam pintar baru, Galaxy Watch 6 dan Galaxy Watch 6 Classic. Tidak ketinggalan juga, keluarga Galaxy Tab S9 turut sama memeriahkan lagi acara Galaxy Unpacked malam ini.
Bagi telefon lipat terbaru Samsung, ia mengekalkan banyak ciri-ciri hebat sedia ada di model terdahulu. Antaranya skrin Dynamic AMOLED 2X, kekalisan air IPx8, badan besi Armor Aluminium dan banyak lagi. Khas untuk Galay Z Flip 5, ia kini tampil dengan skrin luar yang bukan sahaja lebih besar, tetapi kini boleh digunakan seperti skrin biasa.
Skrin luar terbesar & berguna
Samsung akhirnya membawakan skrin luar yang lebih besar, meliputi hampir seluruh bahagian. Skrin luar ini berukuran 3.4-inci, jenis Super AMOLED dengan kadar penyegaran 60hz. Ia mempunyai kepadatan piksel 306 PPI.
Dengan bertambahnya keluasan, ia menjadikan skrin luar ini boleh digunakan seperti skrin biasa. Jadi, aplikasi boleh digunakan sepenuhnya, termasuk menaip menggunakan papan kekunci QWERTY lengkap. Tiada masalah untuk berborak di Whatsapp menggunakan skrin luar sahaja.
Fungsi paparan berbilang widget turut ditambah untuk skrin luar ini. Lebih banyak maklumat boleh dipaparkan dan dilihat serta-merta melalui pelbagai widget.
Prestasi Tertinggi untuk Galaxy
Sebagai peranti kelas flagship, cip terbaik digunakan untuk peranti baru ini. Sama seperti siri Galaxy S23, cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dipasang ke dalam Galaxy Z Fold 5. Ia datang bersama RAM 8GB dan storan antara 256GB dan 512GB. Tiada lagi storan 128GB.
Selain daripada skrin luar lebih besar dan prestasi dalaman diganti kuasa baru, lain-lain perkara di Galaxy Z Flip 5 agak serupa dengan model terdahulu, Galaxy Z Flip 4. Badannya diperbuat daripada besi Armor Aluminium yang ringan dan tahan lasak.
Antaranya di bahagian bateri. Ia masih menggunakan bateri 3,700mAh dengan kuasa pengecasan lama, 25W secara berwayar dan 15W wayarles. Ia juga mampu mengecas peranti lain secara wayarles berbalik.
Skrin dalamnnya jenis Dynamic AMOLED 2X, jika dibuka berukuran 6.4-inci HD Penuh dan kadar penyegaran srendah 1Hz sehingga 120Hz. Masih tiada pengimbas capjari di dalam skrin, ia terletak di dalam butang kuasa yang terletak di sisi.
Pada lubang kecil di dahi skrin, ia memuatkan kamera swafoto 10MP F2.2. Manakala di luar, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 12MP F1.8 dengan penstabil imej optikal (OIS), bersama kamera ultralebar 12MP F2.2 dengan sudut pandang 120-darjah.
Sistem bunyinya kekal stereo, tanpa jek audio 3.5mm. Dwi-SIM disokong menerusi satu kad sim nano dan satu lagi eSIM. Selain rangkaian 5G, ia juga dilengkapi sambungan WiFi 6E dan Bluetooth v5.3.
Fungsi Flex Mode terus menjadikan Galaxy Z Flip 5 unik. Ciri Dual Preview membolehkan dua urusan dibuat ketika telefon dilipat menegak. Flex Cam pula memberi pengguna cara merakam video lebih kreatif.
Samsung menyediakan empat warna biasa untuk Galaxy Z Flip 5 iaitu Mint, Graphite, Cream dan Lavender. Tiga lagi warna tambahan akan ditawarkan eksklusif di laman web Samsung.com iaitu kelabu, biru, hijau dan kuning.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai telefon lipat terbaru ini, layari laman produk Samsung Galaxy Z Flip 5.
Bacaan Berkaitan
- Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
- Samsung Galaxy Tab S9 Ultra Malaysia: Peranti Snapdragon 8 Gen 2 dengan hayat bateri paling panjang
- Samsung Galaxy Tab S9+ Malaysia: Naik taraf minimum, tapi ada IP68
- Samsung Galaxy Tab S9 Malaysia: Kini pakai skrin OLED dan ada bateri lebih besar