• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terima kredit pengecas RM1,300 percuma jika beli EV BYD Dolphin sekarang

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 27/07/2023
  • Komen
Terima kredit pengecas RM1,300 percuma jika beli EV BYD Dolphin sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Arena kenderaan elektrik (EV) di Malaysia hari ini diserikan dengan ketibaan BYD Dolphin, sebuah EV yang berharga dari RM99,900 di Malaysia. Ia menambah pilihan buat pengguna di Malaysia yang mahu memiliki EV termurah, selain Neta V dalam julat harga yang serupa.

Dalam pelancaran hari ini, BYD Sime Darby Motors selaku pengedar DYB Dolphin di Malaysia turut mengumumkan hadiah menarik untuk pembeli terawal. Ia berupa kredit pengecasan bernilai RM1,300 yang boleh dipilih antara ChargEV oleh Yinson Green Tech, atau Gentari oleh Petronas.



Bakal pembeli tidak perlu risau jika perlu memilih antara ChargEV atau Gentari kerana kedua-dua penyedia pusat pengecasan EV ini adalah antara terbesar di Malaysia. Malah, mereka juga menyediakan fungsi perayauan pengecasan iaitu boleh menggunakan pengecas penyedia lain menerusi platform sendiri. Platform ChargEV boleh mengecas di stesen pengecas Gentari, platform Gentari juga boleh mengecas di stesen pegnecas ChargEV.

Sebenarnya ChargEV dan Gentari telah menandatangani kerjasama perayauan pengecasan bersama JomCharge. Ini melibatkan lebih dari 600 pusat pengecasan EV di seluruh negara. pendek kata, ia meliputi kita-kira 60% pusat pengecasan awam yang ada di Malaysia hingga kini.



Tetapi tawaran kredit percuma bernilai RM1,300 ini terhad kepada 800 pelanggan pertama sahaja. Selain itu, BYD Sime Darby Motors turut mengesahkan bahawa mereka akan menghantar tempatan pertama BYD Dolphonoe kepada pelanggan bermula bulan Ogos 2023.

Spesifikasi dan harga BYD Dolphin

Di Malaysia, terdapat dua varian BYD Dolphin dijual iaitu Dynamic Standard dan Premium Extended. Varian Dynamic Standard memiliki tanda harga RM99,900 dan datang dengan motor elektrik tunggal yang menghasilkan kuasa 70kW (95hp) dan tork 180Nm. Jarak kembaranya sehingga 340km (WLTP) menggunakan bateri 44.9kWh, dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 12.3 saat.

Varian Premium Extended berharga RM124,900 juga menggunakan motor elektrik tunggal tetapi lebih hebat, menghasilkan kuasa 150kW (204hp) dan tork 310Nm. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100km/j dalam masa 7 saat sahaja. Bateri padanya lebih besar, 60.48kWh dan mampu berjalan sehingga 427km (WLTP).

Kedua-dua varian BYD Dolphin menyokong pengecasan AC 7kW, tetapi berbeza untuk pengecasan DC. Varian Dynamic Standard menyokong pengecasan DC sehingga 60kW manakala varian Premium Extended mampu menerima pengecasan DC sehingga 80kW.

Walaupun harganya bermula tidak sampai RM100,000, ia masih tidak termasuk bayaran tambahan seperti pendaftaran, pemeriksaan, nombor plat dan sebagainya. Ia membuatkan harga atas jalan untuk Dynamic Standard menjadi RM100,530 dan Premium Extended kepada RM125,730, tanpa insuran.

Pandu Uji BYD Dolphin sekarang

Jika anda tertanya-tanya tentang kemampuan BYD Dolphin, apa kata anda pergi pandu uji sendiri. Sesi pandu uji BYD Dolphin untuk orang ramai dibuka selama 3 hari, dari 28 hingga 30 Julai di 1Utama. Selain itu, anda boleh pergi sendiri ke mana-mana pengedar BYD untuk mendapatkan slot pandu uji dan mengenali BYD Dolphin dengan lebih dekat.

Bacaan Berkaitan

  • BYD Dolphin Malaysia: EV bawah RM100k yang lengkap ciri keselamatan
  • BYD akan adakan sesi pandu uji untuk EV terbaru Dolphin, orang ramai boleh mula daftar mulai hari ini
  • BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan
  • Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?
Tags: BYDBYD DolphinchargevEV MalaysiaGentari
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Terima kredit pengecas RM1,300 percuma jika beli EV BYD Dolphin sekarang

Terima kredit pengecas RM1,300 percuma jika beli EV BYD Dolphin sekarang

27 July 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN