• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Lenovo

Lenovo Tab P12 peragakan Dimensity 7050, skrin QHD+, dan speaker JBL

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:01 pm
  • 28/07/2023
  • Komen
Lenovo Tab P12 peragakan Dimensity 7050, skrin QHD+, dan speaker JBL
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo telah lancarkan sebuah tablet baharu untuk pasaran Eropah. Lenovo Tab P12 menampilkan spesifikasi yang agak menarik kerena ia diperkasa cip pemproses berkelas 6nm, skrin beresolusi tinggi, dan konfigurasi kuadspeaker.

Bermula dengan paparan, Lenovo Tab P12 dilengkapi panel paparan LTPS LCD sebesar 12.7”. Resolusinya adalah pada paras 2,944 x 1,840 (QHD) pada kadar segar semula setinggi 60Hz. Melayani kandungan multimedia pada paparan itu tentu menarik dengan konfigurasi kuadspeaker yang ditala oleh JBL.



Atas papan utama, tablet ini diperkasa SoC MediaTek Dimensity 7050. Ini adalah cip baharu yang dilancarkan dalam bulan Mei 2023 lalu. Ia berada dalam kategori 6nm dan mengandungi 8 teras terdiri daripada Cortex-A78 dan Cortex-A55 yang bekerja pada kelajuan sehingga 2.6Ghz.

Ada tiga pilihan konfigurasi RAM dan storan boleh dipertimbangkan iaitu:



  • RAM 4GB + Storan 128GB
  • RAM 8GB + Storan 128GB
  • RAM 8GB + Storan 256GB

Sekiranya storan perlu diperluas, anda masih ada slot mikro-SD untuk kegunaan di masa hadapan.

Apabila keluar kotak, Lenovo Tab P12 menjalankan sistem operasi Android 13 dan pengeluarnya menjanjikan kemas kini 2 generasi Android bersama-sama 4 tahun tampalan keselamatan untuk berikan keyakinan kepada anda pada segi aspek keselamatan.

Di jabatan pengimejan, ia mempunyai dua kamera, satu berada di belakang dan satu lagi berada di depan. Tablet ini mengambil tenaga daripada sistem bateri berkapasiti 10,200mAh.

Lenovo Tab P12 setakat ini hanya ditawarkan untuk pasaran Eropah. Versi yang didatangkan bersama-sama papan kekunci dan Lenovo Tab Pen Plus dijual pada harga bermula EUR499 (RM2,491) ataupun versi tanpa papan kekunci pada harga bermula EUR399 (RM1,991).

Sumber: Lenovo

Bacaan berkaitan

Lenovo Tab P11 Pro dan Tab P11 Plus: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tags: androidlenovolenovo tablenovo tab p12tablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lenovo Tab P12 peragakan Dimensity 7050, skrin QHD+, dan speaker JBL

Lenovo Tab P12 peragakan Dimensity 7050, skrin QHD+, dan speaker JBL

28 July 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN