• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple beri pengecualian khas, Twitter dibenar guna X di App Store

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 am
  • 01/08/2023
  • Komen
Apple beri pengecualian khas, Twitter dibenar guna X di App Store
Share on FacebookShare on Twitter

Majoriti mengetahui yang Twitter kini dijenamakan semula kepada hanya “X”. Rentetan daripada itu, usaha penjenamaan semula segala aset-aset sedang giat dijalankan pasukan pengendali platform media sosial itu. Salah satu yang menarik adalah aplikasi X di Apple App Store. Dilaporkan yang Apple sebelum ini tidak membenarkan aplikasi dinamakan dengan satu abjad sahaja.

Walau bagaimanapun, ia tidaklah termaktub dalam polisi Apple kerana berdasarkan Tatacara Penilaian App Store perenggan 2.3.7 ada menyatakan yang panjang nama aplikasi tidaklah boleh melebihi 30 aksara dan tidak pula dinyatakan had minimum.



Tibalah ke bahagian yang menarik. Akhirnya aplikasi Twitter di iOS berjaya dinamakan semula kepada X. Ia menunjukkan yang Apple memberi pengecualian untuk kes ini, mungkin disebabkan reputasi Elon Musk dan Twitter. Jadi, anda boleh lihat logo baharu di halaman perumah iPhone dan iPad anda.

Proses pengambil alihan platform Twitter oleh Elon Musk tidaklah lancar. Hajat untuk mengambil alih pada nilaian RM191b (nilai RM waktu itu) telahpun diutarakan dalam bulan April 2022.



Tak berkenan dengan cara kerja Twitter, Elon Musk beli platform itu pada nilai USD44 billion

Selepas itu, ada ketikanya yang dia ingin menarik balik tawaran itu kerana tidak beroleh maklumat secukupnya untuk membuat keputusan kerana pihak Twitter tidak mendedahkan maklumat yang dimintanya.

Elon Musk intai diskaun dalam pengambilalihan Twitter?

Akhirnya, Twitter telah diambil alih Elon Musk dalam bulan Oktober 2022 lalu pada nilaian asal.

Elon Musk kini pemilik Twitter, cuba teka apa tindakan pertamanya sejurus mengambil alih

Sumber: 9to5Mac

Tags: app storeappleiOSTwitterx
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple beri pengecualian khas, Twitter dibenar guna X di App Store

Apple beri pengecualian khas, Twitter dibenar guna X di App Store

1 August 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN