• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi lancar Prabayar Next 5G 48, boleh dapat sehingga 50GB kuota asas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:26 pm
  • 01/08/2023
  • Komen
Senarai pelan 5G termurah di Malaysia, dari RM15 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Digi telah memperkenalkan satu pelan prabayar baharu yang bernama Digi Prepaid Next 5G 48. Ini adalah pelan kedua termahal selepas pelan RDY 68 tapi ia adalah antara yang terbaik kalau anda nak rasai sambungan 5G tanpa sebarang bayaran tambahan. Hal ini kerana, ia adalah satu-satunya pelan yang tak perlukan pas 5G Booster.

Digi Prepaid Next 5G 48 boleh dilanggan pada harga RM48 dengan tempoh sah selama 30 hari. Bersama-sama dengan langganan itu, anda beroleh kuota asas Internet sebanyak 30GB (4G/5G) perlu diingatkan yang apabila bersambung kepada rangkaian 5G, kelajuan akan dihadkan kepada 100Mbps sahaja.



Sekiranya anda mengaktifkan ciri pembaharuan automatik secara bulanan, anda beroleh beberapa manfaat tambahan. Yang pertama adalah anda beroleh 15GB kuota asas tambahan untuk jadikan kuota terkumpul sebanyak 45GB. Lebih baik, kalau anda pergi ke Digi Store dan lakukan pendaftaran di kedai fizikal, anda akan dapat lagi 5G kuota tambahan untuk jadikan kuota terkumpul sebanyak 50GB.

Lagi manfaat tambahan yang akan anda perolehi adalah Unlimited Social (3Mbps) untuk anda gunakan bersama Facebook, Instagram, dan Twitter disamping kuota hotspot sebanyak 10GB.



Promosi kuota tambahan berlangsung sehingga 2 Oktober 2023. Selepas itu, anda akan kehilangan semua manfaat-manfaat tadi dan kuota asas kembali kepada 30GB. Sekiranya itu berlaku, pelan Next 35 lebih berbaloi kerana anda dapat kuota 30GB juga cumanya tiada kemudahan 5G.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: 5gdigitelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Senarai pelan 5G termurah di Malaysia, dari RM15 sebulan

Digi lancar Prabayar Next 5G 48, boleh dapat sehingga 50GB kuota asas

1 August 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN