• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh jalankan semua aplikasi di skrin luar Galaxy Z Flip 5 dengan cara ini

  • OLEH Najib
  • 11:44 am
  • 01/08/2023
  • Komen
Anda boleh jalankan semua aplikasi di skrin luar Galaxy Z Flip 5 dengan cara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar boleh lipat, Samsung Galaxy Z Flip 5 menjadi watak utama di pentas pelancaran Galaxy Unpacked minggu lepas. Naik taraf terbesarnya adalah di skrin luar yang lebih besar, dipanggil ‘Flex Window‘.

Ia sepatutnya boleh menjalankan semua aplikasi di skrin ini. Secara lalai, hanya aplikasi tertentu yang boleh dijalankan di Flex Windows. Tetapi ada cara mudah untuk mengaktifkan ‘Flex Window’ agar boleh menjalankan semua aplikasi padanya.



Good Lock Launcher

Rahsia untuk menjalankan semua aplikasi di skrin luar Flex Window adalah aplikasi Good Lock. Ia adalah aplikasi yang dihasilkan sendiri oleh Samsung, dan boleh dimuat turun melalui Galaxy Store.

Selepas Good Lock dipasang, lancarkan aplikasi tersebut dan pergi ke tab ‘Life Up‘ di bawah. Semak bahagian atas, cari ‘MultiStar‘ dan muat turun perisian tersebut.



Selesai muat turun, lancar perisian ‘Multistar‘. Kemudian tekan pada bahagian ‘I ❤️ Galaxy Foldable‘ dan seterusnya tekan pada ‘Launcher Widget‘. Anda akan dapat melihat semua senarai aplikasi yang telah dipasang di dalam Galaxy Z Flip 5.

Di situ, anda boleh memilih aplikasi yang mahu digunakan di skrin luar ‘Flex Window’. Tidak kira ia pemain video, game, penyunting gambar atau apa saja, anda boleh pilih untuk digunakan di ‘Flex Window’.

Selepas selesai memilih aplikasi, pergi ke bahagian atas dan tekan pada ‘Enable launcher Widget‘. Kemudian, aktifkan ‘Launcher‘. Sekarang, anda sudah boleh mula menggunakan semua aplikasi di skrin luar Galaxy Z Flip 5.

Kini apabila anda membuka kunci skrin luar, anda akan dapat melihat ‘Good Lock Launcher’. Semua aplikasi yang telah anda pilih di dalam tetapan ‘Good Lock’ tadi akan disenaraikan di sini. Tekan aplikasi untuk dilancar dan ia boleh digunakan seperti biasa.

Tak perlu lagi buka telefon untuk guna aplikasi. ‘Flex Window’ sememangnya naik taraf terbesar di Galaxy Z Flip 5 dan menjadi sebab utama untuk anda memilikinya. Galaxy Z Flip 5 dijual di Malaysia pada harga RM4,499 (storan 256GB) dan RM4,999 (storan 512GB).

Samsung Malaysia kini membuka tempahan awal untuk Galaxy Z Flip 5 dan menawarkan storan digandakan serta e-baucar bernilai RM400. Tawaran ini berjalan sehingga 17 Ogos 2023. Lebih baik lagi, tempah di Stor Online Samsung Malaysia dan gunakan kod SCGALAXY semasa check-out untuk mendapat diskaun tambahan sebanyak RM200.

[Sumber: Jonathan Casey]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Galaxy Z Flip 5 dan Z Fold 5: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia
  • PROMO: Sehingga RM400 diskaun tambahan untuk tempahan Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Tab S9 & Galaxy Watch 6
  • Jadikan Galaxy S23 Ultra anda unik berbanding yang lain, gunakanlah Good Lock
Tags: Good LocksamsungSamsung Galaxy Z Flip 5Samsung Good Lock
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Anda boleh jalankan semua aplikasi di skrin luar Galaxy Z Flip 5 dengan cara ini

Anda boleh jalankan semua aplikasi di skrin luar Galaxy Z Flip 5 dengan cara ini

1 August 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER