• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shell sudah ada aplikasi seperti Setel untuk Petronas, mudah kumpul dan tebus mata Bonuslink

  • OLEH Najib
  • 12:11 pm
  • 02/08/2023
  • Komen
Shell sudah ada aplikasi seperti Setel untuk Petronas, mudah kumpul dan tebus mata Bonuslink
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pengguna Petronas pastinya gembira dengan aplikasi Setel. Ia sangat memudahkan pembayaran untuk mengisi minyak di stesen Petronas, malah terbina sekali dengan program ganjaran Mesra di dalam aplikasi. Caltex juga ada membangunkan aplikasi yang hampir serupa, dikenali sebagai Caltex Go.

Shell kini dilihat telah membangunkan aplikasi yang hampir serupa, dengan nama Shell Asia. Ia boleh dimuat turun sekarang di Apple AppStore dan Google Playstore. Menariknya, aplikasi ini boleh menghubungkan program ganjaran Bonuslink.



Tetapi jika anda mahu menggunakan aplikasi Shell Asia, anda haruslah memiliki kad Bonuslink kerana ia adalah program ganjaran yang digunakan Shell. Selepas memasang aplikasi Shell Asia, sewaktu pendaftaran pengguna akan diminta memasukkan nombor kad Bonuslink jika ada. Kalau tidak, aplikasi akan membantu menghasilkan nombor kad digital.

Di dalam aplikasi Shell Asia, terdapat ruangan ‘Gift Catalogue’. Ia mengandungi senarai e-baucar yang boleh ditebus menggunakan mata Bonuslink. E-baucar yang telah ditebus ini, boleh digunakan di stesen Shell yang menyokong penggunaan aplikasi Shell Asia.



Perkara paling utama, pastinya untuk pembayaran mengisi minyak. Di dalam aplikasi, ia terdapat di ruangan Shell Pay. Buat masa ini, pembayaran hanya boleh dibuat menerusi kad debit atau kad kredit. Nampaknya, Shell Asia menggunakan platform eGHL untuk pembayaran di Malaysia.

Laman web Shell Malaysia menyatakan, aplikasi ini masih di peringkat ujian di stesen Shell terpilih. Senarai ini tidak terdapat di laman web, tetapi anda boleh memeriksanya di dalam aplikasi di bahagian Peta. Anda boleh menapis pilihan dengan menandakan ‘Shell App’ untuk mencarinya dengan lebih mudah.

Dari peta tersebut, sudah ada banyak stesen Shell yang menyokong pembayaran menggunakan aplikasi Shell Asia. Ia tidak terhad di Lembah Klang sahaja kerana turut terdapat di Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Dengan adanya aplikasi Shell Asia, pengguna tidak perlu lagi membuat pembayaran dan mengumpul mata ganjaran Bonuslink berasingan. Ia boleh dilakukan dalam satu transaksi dan lebih mudah.

Terima kasih @KevinNgTK atas makluman ini!

RFID dan EV masih berasingan

Shell sebenarnya sudah ada sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan RFID. Tetapi ia hanya boleh digunakan di dalam aplikasi Touch n Go eWallet. Selain itu, penggunaan pengecasan EV di stesen Shell juga perlu menggunakan aplikasi lain, ParkEasy. Pastinya lebih mudah jika Shell dapat menggabungkan fungsi RFID dan pengecasan EV di dalam satu aplikasi, seeprti yang ditawarkan Setel.

[Sumber: Shell]

Bacaan Berkaitan

  • Setel Lite dilancar, lebih ringan dan lancar untuk peranti lama dan internet perlahan
  • Setel kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran QR DuitNow
  • CaltexGO, aplikasi pembayaran tanpa tunai dilancar di Malaysia
  • Isi minyak dengan RFID di Shell akan tersedia di 200 stesen minyak tahun ini, liputi 50% stesen dalam masa 3 tahun
  • Shell Recharge tawar pengecasan EV “percuma” selama 15 hari di lebuhraya PLUS sempena Hari Raya
Tags: BonuslinkshellShell Asia
Najib

Najib

POPULAR

Shell sudah ada aplikasi seperti Setel untuk Petronas, mudah kumpul dan tebus mata Bonuslink

Shell sudah ada aplikasi seperti Setel untuk Petronas, mudah kumpul dan tebus mata Bonuslink

2 August 2023
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN