• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Setel kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran QR DuitNow

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:01 pm
  • 31/03/2023
  • Komen
Setel kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran QR DuitNow
Share on FacebookShare on Twitter

Setel baru-baru ini telah mengumumkan pengguna kini boleh membuat pembayaran melalui kod QR DuitNow menggunakan e-wallet Setel. Dengan penambahan ini, aplikasi Setel membolehkan pengguna untuk membeli dan membayar apa-apa barangan dengan hanya mengimbas kod QR DuitNow, selain digunakan untuk pembayaran minyak Petronas dan pengecasan EV.

Ciri ini sudah tentu akan memudahkan pengguna untuk membayar barangan atau perkihdmatan kerana kod QR DuitNow boleh didapati di kebanyakan kedai di seluruh Malaysia. Sebelum ini, mungkin ada beberapa pengguna yang telah pun menggunakan Setel untuk membayar melalui kod QR DuitNow kerana Setel ada memberikan akses kepada pengguna tertentu terlebih dahulu. Tapi kini, ciri ini nampaknya telah dilancarkan sepenuhnya dan boleh digunakan untuk semua pengguna.



Untuk mengimbas kod QR DuitNow di Setel, caranya mudah dan lebih kurang sama seperti di aplikasi e-wallet dan perbankan lain. Buka aplikasi Setel, tekan tab ‘Pay’ dibawah dan tekan ‘Scan QR code’. Setelah mengimbas kod QR DuitNow, masukkan jumlah pembayaran dan kemudian tekan ‘Pay’. Ia secara automatik akan menolak baki yang terdapat di dalam e-wallet anda. Jadi, pastikan anda mempunyai baki mencukupi apabila membuat pembayaran.

Berdasarkan maklumat di laman web Setel, pengguna boleh membayar menggunakan kod QR DuitNow jika perniagaan itu mendapatkan kod QR DuitNow dari pengeluar tertentu. Di dalam senarai pengeluar, hanya Maybank dan Agrobank yang masih belum disokong buat masa sekarang. Tapi, ia sudah pasti akan datang tidak lama lagi. Berikut adalah senarai pengeluar kod QR DuitNow yang disokong oleh Setel:



  • Touch ‘n Go eWallet
  • Grab
  • Boost
  • ShopeePay
  • Fave Pay
  • CIMB Bank
  • RHB Bank
  • AmBank
  • HSBC Bank
  • Bank Muamalat
  • Public Bank
  • OCBC Bank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Bank Islam
  • UOB Bank

Walau bagaimanapun, kod QR DuitNow ini hanya boleh diimbas untuk membuat pembayaran pada akaun perniagaan dan bukannya pada akaun individu. Jadi, jikalau nak menghantar duit pada kawan atau keluarga, ia tidak boleh dilakukan. Namun, Setel mengatakan mereka sedang mengusahakannya dan akan mengimplentasikan ciri ini kepada pengguna kelak.

Dalam pada itu, pengguna Setel juga akan menerima ganjaran Mesra Point dengan setiap transaksi menggunakan DuitNow QR bermula sekarang sehingga hujung May 2023. Mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk menebus pelbagai benda seperti pembayaran minyak, tunai dan lain-lain.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: duitnowDuitNow QRsetel
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Setel kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran QR DuitNow

Setel kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran QR DuitNow

31 March 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN