• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xpax Prepaid Unlimited 5G 48 tawar Internet sehingga 100Mbps dan panggilan tanpa had

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:52 pm
  • 02/08/2023
  • Komen
Xpax Prepaid Unlimited 5G 48 tawar Internet sehingga 100Mbps dan panggilan tanpa had
Share on FacebookShare on Twitter

Sesudah Digi, Celcom pula memperkenalkan pelan prabayar baharu. Dinamakan Xpax Prepaid Unlimited 5G 48, ia dilihat sedikit berbeza berbanding penawaran Digi kerana ia diposisikan sebagai pelan tanpa had sedangkan penawaran Digi adalah Internet berkuota biasa. Namun begitu, mereka berkongsi banyak persamaan lain.

Xpax Prepaid Unlimited 5G 48 ditawarkan pada harga RM48/bulan. Apabila melanggan, anda beroleh akses Internet tanpa had untuk rangkaian 4G ataupun 5G namun kelajuan dihadkan kepada 3Mbps sahaja. Tapi yang lebih menarik, anda menikmati kelajuan sehingga 100Mbps dengan kuota sebanyak 35GB (20GB + 15GB) iaitu tambahan 15GB diberikan sepanjang promosi sehingga 2 Oktober 2022.



Lagi promosi yang sedang berjalan adalah sekiranya anda lakukan pendaftaran di Celcom Blue Cube, anda turut akan terima kuota Internet berkelajuan tinggi sebanyak 5GB. Selain itu, anda akan terima kuota hotspot sebanyak 6GB beserta panggilan tanpa had. Seperti penawaran Digi, anda tak perlukan pas 5G Booster untuk bersambung kepada rangkaian 5G.

Sewaktu artikel ini ditulis, bahagian FAQ dan T&C Celcom masih belum dikemas kini. Kami sedang menunggu maklum balas Celcom tentang beberapa persoalan seperti:



  • Kuota tambahan 5GB untuk pendaftaran di Celcom Blue Cube, adakah ia sekali beri ataupun terima secara bulanan?
  • Adakah kelajuan 100Mbps hanya terhad untuk sambungan 5G?
  • Adakah kuota tambahan 6GB disekat kelajuan kepada 3Mbps?

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

  • Digi lancar Prabayar Next 5G 48, boleh dapat sehingga 50GB kuota asas
  • Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia (Julai 2023)
  • Senarai pelan 5G termurah di Malaysia, dari RM15 sebulan
Tags: celcomCelcomDigiprabayartelcoxpax
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xpax Prepaid Unlimited 5G 48 tawar Internet sehingga 100Mbps dan panggilan tanpa had

Xpax Prepaid Unlimited 5G 48 tawar Internet sehingga 100Mbps dan panggilan tanpa had

2 August 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN