• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar Tol guna kad debit dan kredit bermula di lebuhraya MEX hari ini, lebih banyak lebuhraya mulai September

  • OLEH Najib
  • 12:20 pm
  • 03/08/2023
  • Komen
Bayar Tol guna kad debit dan kredit bermula di lebuhraya MEX hari ini, lebih banyak lebuhraya mulai September
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) yang membolehkan pengguna lebuhraya membayar tol menggunakan kad debit atau kad kredit, telah mula dilaksanakan hari ini di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX). Ia merupakan lebuhraya pertama menguji sistem pembayaran ini, setelah diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, YB Alexander Nanta Linggi pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, ia tidak terdapat di semua lorong. Sebagai permulaan, hanya enam lorong di Lebuhraya MEX akan menyediakan kemudahan SPT. Ia juga sedia digunakan untuk kenderaan Kelas 1 sahaja.



Bagi melancarkan perjalanan ujian ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meminta semua syarikat konsesi yang terbabit dengan inisiatif SPT untuk menempatkan petugas di lorong tol untuk memberi panduan kepada pengguna sekiranya perlu. Pengguna juga tidak perlu risau jika kad bank gagal kerana boleh menggunakan kad bank lain atau kad Touch n Go, tambah Alexander.

Antara perkara yang menjadi persoalan ramai tentang penggunaan kad debit dan kredit adalah kelajuan transaksi. Perkara ini ditunjukkan sendiri oleh menteri menerusi video ringkas. Menurutnya, masa yang diambil untuk proses pembayaran menggunakan kad, tidak sampai 1.3 saat.



Selain MEX, lebuhraya yang turut terlibat dalam ujian SPT adalah Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Satu perkara yang nampak menarik adalah sokongan e-Wallet. Di dalam gambar yang dimuat naik pada Facebook Kementerian Kerja Raya, di samping logo Visa dan Mastercard, ia turut mempamerkan logo e-Wallet tempatan seperti BigPay, GrabPay, Boost, ShopeePay, MAE dan Touch n Go, serta e-Wallet antarabangsa seperti GCash, TrueMoney dan Alipay+. Tetapi perkara ini tidak dimaklumkan secara rasmi.

Pembayaran dengan e-Wallet tidak mustahil kerana terminal pembayaran yang kami temui sebelum ini di Lebuhraya NPE, menunjukkan ia menyokong pembayaran e-Wallet menerusi kod QR. Dengan pelaksanaan SPT, ia membawa kita selangkah lebih hampir kepada lebuhraya tanpa palang dan plaza tol, iaitu sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF). Tetapi ujian dan bila ia akan dilaksanakan masih tidak diletakkan tarikh muktamad.

[Sumber: Bernama, KKR]

Bacaan Berkaitan

  • 5 lebuhraya ini akan terima pembayaran kad kredit/debit sebelum September 2023
  • Lebuhraya DUKE yang ke-12 sertai program sistem pembayaran tol terbuka
  • Plaza tol NPE ada mesin sentuh baru, mula terima pembayaran kad selain Touch n Go?
  • Lebuhraya Sungai Besi jadi lokasi pertama ujian tol bebas palang MLFF
  • Bayar guna kad debit/kredit di tol tak selaju macam Touch n Go, tapi ada kelebihannya
Tags: Alexander Nanta LinggiLebuhrayaMEXSPT
Najib

Najib

POPULAR

Bayar Tol guna kad debit dan kredit bermula di lebuhraya MEX hari ini, lebih banyak lebuhraya mulai September

Bayar Tol guna kad debit dan kredit bermula di lebuhraya MEX hari ini, lebih banyak lebuhraya mulai September

3 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER