• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google tambah fungsi carian seperti TikTok di kemaskini terbaru Chrome

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:00 pm
  • 04/08/2023
  • Komen
Google tambah fungsi carian seperti TikTok di kemaskini terbaru Chrome
Share on FacebookShare on Twitter

Membuat carian di Google merupakan satu perkara yang sering dilakukan oleh kita semua, dan carian boleh dilakukan dengan mudah asalkan memberikan kata kunci yang betul. Bagaimanapun, Google ingin meningkatkan lagi pengalaman pengguna dalam membuat carian dengan mengeluarkan kemas kini baru bagi aplikasi telefon pintar Chrome di iOS dan Android.

Dalam kemas kini terbaru ini, terdapat 4 pembaharuan yang dibawa oleh Google. Pertama, aplikasi Chrome kini akan memaparkan cadangan carian yang berkaitan, apabila anda menekan bar alamat. Macam contoh, katakanlah anda sedang membaca artikel tentang Jepun sebagai perancangan untuk melancong, Google akan menyenaraikan beberapa cadangan carian lain seperti tempat menarik di Jepun atau restoran yang terkenal di Jepun.



Selain itu, pengguna juga kini boleh lihat perkara yang ‘trending’ di Chrome. Ciri yang agak serupa dengan carian di TikTok. Apabila ingin membuat carian di bar alamat, sebelum anda menaip anda akan dapati topik yang ‘trending’ di bahagian bawah. Anda tinggal perlu tekan sahaja untuk pergi ke carian. Namun, ciri ini buat masa ini tersedia hanya di Android, dengan iOS akan terimanya hujung tahun nanti.

Seperti ciri yang diperkenal terdahulu iaitu Touch to Search, Google benarkan anda untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan menekan lama perkataan. Tapi kini, ia turut memaparkan beberapa cadangan lain yang berkaitan. Walau bagaimanapun, ciri ini boleh digunakan untuk pengguna Android sahaja.



Untuk mengaktifkannya, anda perlu tetapkan Google sebagai enjin carian ‘default’. Kemudian buka aplikasi Chrome, pergi ke bahagian ‘Settings’ dan pilih perkhidmatan Google. Dari situ, anda akan nampak pilihan untuk hidup atau matikan ciri Touch to Search.

Akhir sekali, Google menawarkan lebih banyak cadangan apabila membuat carian. Sekarang, anda akan menerima 10 cadangan berbanding 6 sebelum ini. Ciri ini telah tersedia bagi pengguna Android, tapi kemas kini baru ini membolehkan pengguna iOS untuk turut menggunakan ciri ini.

Pengenalan ciri terbaru ini pastinya akan mudahkan pengguna untuk melakukan carian selepas ini. Tapi nampaknya ciri hanya dikhususkan untuk pengguna Android, disebabkan kebanyakan ciri tersedia untuk Android telebih dahulu. Malah, ciri Touch to Search tidak tersedia untuk pengguna iOS.

[Sumber: Google]

Tags: Google
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Google tambah fungsi carian seperti TikTok di kemaskini terbaru Chrome

Google tambah fungsi carian seperti TikTok di kemaskini terbaru Chrome

4 August 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN