• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infineon labur hampir RM25 bilion untuk buka kilang SiC terbesar dunia di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:23 pm
  • 04/08/2023
  • Komen
Infineon labur hampir RM25 bilion untuk buka kilang SiC terbesar dunia di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Infineon Technologies AG, syarikat semikonduktor berpengkalan di Jerman bakal melabur sebanyak EUR5 bilion (~RM24.9b) bagi membangunkan loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter (mm) terbesar dunia di Malaysia. Ini bakal mengembangkan fasiliti kilang fabrikasinya di Kulim, Kedah dalam tempoh 5 tahun akan datang pada fasa kedua pembinaan modul ketiga.

Jumlah pelaburan terbaru ini melangkaui pelaburan asal yang diumumkan pada Februari 2022. Dengan pelaburan terbaru ini, Inifineon mengatakan ia akan membawa kepada potensi hasil tahunan sekitar EUR7 billion (~RM34.87b) menjelang akhir dekad ini.



Tambahan pula, menerusi kilang pembuatan terbaru yang dikatakan sangat kompetitif, ia akan menyokong sasaran pasaran SiC Infineon sebanyak 30% menjelang akhir dekad ini. Infineon dalam masa yang sama juga yakin bahawa hasil SiC syarikat pada tahun fiskal 2025 akan melebihi sasaran EUR1 bilion (~RM4.98b).

Ketua Pegawai Eksekutif Infineon, Jochen Hanebeck berkata, pasaran SiC menunjukkan pertumbuhan yang pesat, bukan sahaja dalam sektor automotif malah dalam pelbagai industri termasuk solar, penyimpanan tenaga dan pengecasan berkuasa tinggi EV.



Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa penghargaan atas komitmen Infineon dan keyakinan mereka terhadap ekosistem pelaburan di Malaysia. Beliau berkata, “Malaysia terus dilihat sebagai destinasi pilihan pelabur dengan menyediakan landskap untuk pembangunan teknologi yang innovatif dan mampan”.

“Kepercayaan berterusan Infineon dan syarikat-syarikat Jerman lain terhadap Malaysia merupakan keyakinan kepada pertumbuhan ekonomi negara ini yang berasaskan keterangkuman dan kemampanan”, tambah beliau.

Dalam pada itu, Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI),  Tengku Zafrul Aziz berkata, “perkembangan karbon silikon karbid bertaraf dunia Infineon menandakan satu peristiwa penting dalam usaha Malaysia membangunkan keupayaan pembuatan termaju, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan meletakkan Malaysia di hadapan dalam sektor teknologi hijau”.

Selain itu, Tengku Zafrul turut menghargai komitmen Infineon untuk menangani kesan perubahan iklim, dan mengharapkan kerjasama antara mereka dalam jangka panjang dapat memajukan ekosistem teknologi hijau Malaysia.

[Sumber: Infineon / DagangNews]

Tags: infineon
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infineon labur hampir RM25 bilion untuk buka kilang SiC terbesar dunia di Malaysia

Infineon labur hampir RM25 bilion untuk buka kilang SiC terbesar dunia di Malaysia

4 August 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN