• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[Hands-on] DJI Osmo Action 4: Siapa yang sesuai belinya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:11 am
  • 05/08/2023
  • Komen
[Hands-on] DJI Osmo Action 4: Siapa yang sesuai belinya?
Share on FacebookShare on Twitter

DJI telah lancarkan sekuel untuk siri kamera aksi Osmo Action mereka. Osmo Action 4 hadir untuk bertembung dengan GoPro Hero 11 Black. Secara fizikalnya, ia kelihatan sama sahaja dengan DJI Osmo Action 3 yang mereka lancarkan tahun sudah. Sama seperti rupanya, helaian spesifikasi pun tak banyak beza dengan edisi sebelumnya.

Jadi berbaloikah untuk naik taraf? Kalau tak berbaloi, siapakah yang sesuai untuk dapatkannya? Sebelum ini berikut adalah 4 perkara yang perlu anda tahu tentang DJI Osmo Action 4.



Sensor pengimejan 30% lebih besar

Satu-satunya naik taraf yang boleh anda beri perhatian adalah sensor pengimejan kini 1/1.3” berbanding 1/1.7”. Saiz sensor ini banyak digunakan pada dron-dron DJI yang lain contohnya kedua-dua kamera DJI Air 3 menggunakan sensor ini. Mungkin mereka membeli sensor ini secara pukal dan putuskan untuk gunakannya juga pada Action 4.

Secara teori, sensor besar memberikan lebih permukaan peka cahaya. Ia secara langsung menambah baik keupayaan gambar malam kamera ini. Sungguhpun begitu, ia masih lagi sebuah kamera dengan sensor yang kerdil jika dibandingkan dengan kamera Full Frame.



Sensor besar bermakna lensa perlu direka semula. Bukaan aperture masih kekal pada F2.8 tetapi komponen lensa kini lebih besar bermakna aksesori ND Filter daripada Action 3 tidak boleh digunakan pada Action 4.

Paparan yang sama sejak 2019

Osmo Action memiliki ciri yang unik berbanding kamera aksi pesaing. Mereka adalah yang pertama memperkenal skrin depan berwarna dan peka sentuhan untuk tambah keflesibelan kamera ini sebagai gajet vlogging. Namun sejak Osmo Action yang asal tahun 2019, paparan-paparan ini tidak mendapat naik taraf langsung.

Ia masih menggunakan paparan utama 2.25”, 326ppi beresolusi 360 x 640 peka sentuhan. Mungkin DJI mengguna pakai falsafah “jika tak rosak kenapa ubah?”. Berita baiknya, disebabkan ia digunakan secara meluas merentasi generasi, alat gantinya tentu lebih mudah diperolehi.

Kemampuan video yang sama tapi da D-Log M

Melihat helaian spesifikasi, kemampuan rakaman video antara Action 4 dengan Action 3 adalah sama, tiada sebarang perubahan. Ia merakam pada resolusi 4K sehingga 120fps, 2.7K sehingga 120fps, dan FHD sehingga 240fps. Kadar bit juga kekal kepada 130Mbps. Mungkin kedua-dua kamera ini berkongsi cip pemprosesan.

Satu perkara baharu yang dimasukkan adalah kemampuan merakam dalam format D-Log M untuk berikan lebih banyak ruang penyuntingan pada anda. Ia juga merakam dalam kualiti 10-bit sama seperti sebelum ini.

Lagi baharu adalah penstabil imej elektronik apda Action 4. Ia telah ditambah baik kepada RockSteady 3.0+. Namu napa kelebihannya berbanding sebelum ini tidak pula dikongsikan. Penstabil imej pada Action 3 telah sedia baik dan hadir bersama-sama HorizonBalancing dan HorizonSteady. Adakah RockSteady 3.0+ membawakan penstabilan dinamik seakan AutoBoost Hypersmooth 5.0 pada GoPro Hero 11 Black?

Bateri 1,770mAh yang sama

DJI Osmo Action 4 menggunakan bateri berkapasiti 1,770mAh. Ia adalah jenis yang sama diguna pada Action 3 tempoh hari dan lebih besari daripada Action yang asal. Anda masih boleh gunakan bateri daripada kamera yang lama dan bekas pengecas yang disediakan.

Berbaloikah naik taraf?

Osmo Action 4 dijual pada harga bermula RM1,899 untuk Standard Combo manakala Adventure Combo ditawarkan pada harga RM2,399.

Berikut adalah apa yang akan anda dapat dari Standard Combo:

  • DJI Osmo Action 4
  • Osmo Action Extreme Battery x 1
  • Osmo Action Horizontal-Vertical Protective Frame
  • Osmmo Action Curved Adhesive Base
  • Osmo Action Quick-Release Adapter Mount
  • Osmo Action Lens Hood
  • Osmo Locking Screw
  • Type-C PD Cable
  • Osmo Action Anto-Slip Pad
  • DJI Sticker

Berikut adalah apa yang akan anda dapat dari Adventure Combo:

  • DJI Osmo Action 4
  • Osmo Action Extreme Battery x 3
  • Osmo Action Horizontal-Vertical Protective Frame
  • Osmmo Action Curved Adhesive Base
  • Osmo Action Quick-Release Adapter Mount
  • Osmo Action Quick-Release Adapter Mount (mini)
  • Osmo Action Multifunctional Battery Case
  • Osmo Action 1.5mm Extension
  • Osmo Action Lens Hood
  • Osmo Locking Screw x 2
  • Type-C PD Cable
  • Osmo Action Anto-Slip Pad
  • DJI Sticker
230803-dji osmo action 4 adventure combo.jpg

Sekiranya anda tidak memiliki sebarang kamera aksi, ini adalah gerbang permulaan yang baik untuk mula menghasilkan kandungan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda pemilik Action 3, naik taraf yang anda rasai sangatlah minimum. Pengguna Action 1 dan Action 2 pula akan rasai perbezaan yang lebih besar.

  • Beli DJI Osmo Action 4 di Lazada
  • Beli DJI Osmo Action 4 di Shopee

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

  • DJI Air 3 Malaysia: Terbang lebih lama, lebih selamat, dan lebih versatil
  • DJI Mavic 3 Pro perkenal 3 kamera (24mm, 70mm & 166mm) ke dalam dron
  • DJI Osmo Action 3, pulang ke pangkal jalan dan tidak gelabah mengejar GoPro
Tags: djidji osmo actiondji osmo action 4kamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[Hands-on] DJI Osmo Action 4: Siapa yang sesuai belinya?

[Hands-on] DJI Osmo Action 4: Siapa yang sesuai belinya?

5 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER