• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa laman UtusanTV disekat SKMM? Mengapa ia tiada kaitan dengan Utusan Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 11:33 pm
  • 07/08/2023
  • Komen
Kenapa laman UtusanTV disekat SKMM? Mengapa ia tiada kaitan dengan Utusan Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Portal berita UtusanTV dilihat telah disekat di Malaysia dan tidak boleh diakses oleh pelbagai pengguna talian mudah alih di Malaysia. Mereka yang melawat laman tersebut dari dalam negara, akan disapa dengan makluman, “Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara.”

Ini adalah format biasa yang digunakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap laman web yang disekat.



Sebelum itu, ada satu perkara lain yang perlukan perhatian semua orang. Media Mulia Sdn Bhd selaku pemilik Utusan Malaysia, mengeluarkan kenyataan beberapa jam lepas bahawa akhbar Utusan Malaysia dan syarikat tidak ada kaitan lansung dengan laman web UtusanTV. Penggunaan nama Utusan telah meniumbulkan kekeliruan mengenai pemilikan sebenar dan sering dikaitkan dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia.

Media Mulia menegaskan lagi bahawa mereka tiada kaitan dengan kandungan, pemilikan, pengurusan dan operasi UtusanTV yang dimiliki syarikat lain. Media Mulia menambah, mereka berhak mempertahankan hak bagi memastikan jenama perniagaan dan akhbar Utusan Malaysia sentiasa dipertahankan dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.



Menurut MalaysiaKini, UtusanTV.com ditubuhkan oleh bekas kakitangan Utusan Malaysia selepas syarikat induknya Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditutup pada 2019 kerana masalah kewangan. Akhbar Utusan Malaysia sekarang telah dilancarkan semula pada tahun 2020 di bawah pengurusan baru, dan tidak bergabung dengan UtusanTV.com.

Di laman Mengenai Kami UtusanTV, mereka menawarkan kandungan berita semasa dan bisnes, serta menawarkan kandungan enam majalah iaitu Mastika, Wanita, URTV, Al Islam, Saji dan Hijab.

Sebab sekatan masih belum diketahui

Geramm (Gerakan Media Merdeka), gabungan pengamal media dan penyokong kebebasan media di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan mengenai sekatan UtusanTV. Mereka menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar memberikan penjelasan berkaitan mekanisme sekatan yang dikenakan terhadap sebarang laman sesawang, khususnya portal-portal berita dalam talian.

Ia susulan laporan sekatan terbaru ke atas portal UtusanTV. Sekatan yang sama juga sebelum ini dikenakan terhadap portal MalaysiaNow, dan sehingga hari ini tidak ada penjelasan terbuka dari SKMM berhubung hal tersebut.

Mereka berpendapat SKMM perlu mempunyai mekanisme yang jelas dalam mengambil sebarang langkah sekatan kandungan dalam talian, terutama apabila melibatkan portal-portal berita. Tindakan untuk memberi notis atau peringatan kepada pihak media berkaitan juga perlu dilakukan sebelum sekatan dikenakan. Setakat ini dalam dua kejadian dilaporkan, pihak editorial berkaitan tidak diberi sebarang pemberitahuan bahawa laman web mereka telah disekat, atau alasan sekatan dibuat.

Geramm juga berasa pelik apabila pihak SKMM sebaliknya bertindak untuk “menyiasat” aduan yang dibuat oleh pengurusan media yang disekat, sedangkan perlu ada alasan jelas sebelum sekatan dibuat, dan tidak ada pihak berkuasa lain yang boleh mengambil tindakan sedemikian.

Kami telah menghubungi SKMM untuk mendapatkan penjelasan mengenai sekatan terhadap UtusanTV.

[Sumber: Malaysiakini, Utusan Malaysia]

Tags: SKMMUtusanTV
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Kenapa laman UtusanTV disekat SKMM? Mengapa ia tiada kaitan dengan Utusan Malaysia?

Kenapa laman UtusanTV disekat SKMM? Mengapa ia tiada kaitan dengan Utusan Malaysia?

7 August 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER