• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Redmi Buds 4 Active, fon putik baru dengan harga sangat murah dan hayat bateri 28 jam

  • OLEH Najib
  • 7:31 pm
  • 09/08/2023
  • Komen
Redmi Buds 4 Active, fon putik baru dengan harga sangat murah dan hayat bateri 28 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Fon putik wayarles (TWS) sudah menjadi kebiasaan masa kini. Tetapi fon putik yang berkualiti, masih sukar dibeli di bawah RM100. Jika anda sedang mencari fon putik murah daripada jenama yang dipercayai, anda boleh melihat tawaran terbaru Xiaomi ini.

Xiaomi Malaysia baru sahaja mengumumkan ketibaan fon putik Redmi Buds 4 Active. Seperti biasa, jenama Redmi adalah produk keluaran Xiaomi yang lebih murah. Malah, mungkin anda tidak percaya harganya sangat rahmah, tidak sampai RM100.



Harga dan Promosi Redmi Buds 4 Active

Xiaomi Malaysia telah menjual fon putik Redmi Buds 4 Active sejak 8 Ogos, sempena jualan mega 8.8 yang berlangsung pada hari tersebut. Harga rasminya di Malaysia adalah RM119.

Tetapi rakyat Malaysia bertuah kerana Xiaomi mengadakan promosi jualan awal. Dari 8 sehingga 15 Ogos 2023, Redmi Buds 4 Active diberi diskaun sebanyak RM40. Menjadikan harganya cuma RM79 dalam tempoh promosi.



Jika anda berminat untuk membeli dengan harga promosi RM79, anda boleh dapatkannya di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Redmi Buds 4 Active

Dengan harga yang sangat murah, Redmi Buds 4 Active tiada fungsi penaring hingar aktif (ANC) walaupun namanya ada Active. Tetapi ia menyokong sambungan Bluetooth v5.3 yang menggunakan tenaga lebih rendah, serta sambungan wayarles yang lebih stabil dan kurang terganggu. Ini juga membantu ia dalam mod rendah-pendaman (low-latency) yang penting untuk bermain permainan video di peranti.

Kualiti bunyi Redmi Buds 4 Active ditala oleh pakar audio di Xiaomi Acoustic Lab. Sistem bunyi ini menggunakan pemacu dinamik 12mm yang lebih besar dari sebelumnya. Walaupun tiada ANC, ia masih mampu menyaring hingar semasa panggilan dibuat supaya percakapan lebih jelas didengar.

Redmi Buds 4 Active memiliki hayat bateri yang panjang, sehingga 28 jam masa penggunaan. Ia mampu digunakan sehingga 5 jam berterusan di putik sahaja, serta sehingga 28 jam bersama bekas pengecas. Mengecas pula dijayakan menerusi USB-C dan mampu mengecas pantas, sehingga 110 minit masa penggunaan dengan 10 minit mengecas.

Untuk kawalan lagu, ia menggunakan sistem sentuh di putik. Ketuk dua kali untuk memberhentikan atau memainkan lagu. Ketuk tiga kali untuk melangkau lagu. Atau tekan lama pada pad sentuh untuk mematikan atau mengaktifkan mod rendah pendaman.

Peminat keceragasan boleh menggunakan Redmi Buds 4 Active tanpa risau kerana ia diiktiraf kalis percikan air IPX4. Peluh atau hujan renyai-renyai tidak akan mengganggu pendengaran.

Redmi Buds 4 Active turut menyokong sambungan pantas peranti Android menerusi Google Fast Pair. Lebih banyak fungsi serta tahap bateri boleh disemak dengan aplikasi Xiaomi Earbuds, yang boleh dimuat turun di Google Playstore atau Apple Appstore.

Hanya ada warna hitam sahaja dihasilkan bagi fon putik ini. Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk Redmi Buds 4 Active.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan

  • Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db
  • Huawei Buds 5: Fon putik berbentuk unik sesuai untuk P60 Pro dan Mate X3 anda
  • OnePlus Nord Buds 2 lebih canggih dengan mod ANC, telus bunyi & BassWave
  • Honor Choice Earbuds X3 dilancar, menyaring hingar 40db dan hayat bateri 36 jam
Tags: fon putikRedmi Buds 4 Activexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Buds 4 Active, fon putik baru dengan harga sangat murah dan hayat bateri 28 jam

Redmi Buds 4 Active, fon putik baru dengan harga sangat murah dan hayat bateri 28 jam

9 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER