• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Singgah ke Flip Town untuk uji kehebatan kamera Galaxy Z Flip bersama kopi percuma

  • OLEH Najib
  • 5:14 pm
  • 09/08/2023
  • Komen
Singgah ke Flip Town untuk uji kehebatan kamera Galaxy Z Flip bersama kopi percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada yang gemar bergambar OOTD penuh bergaya di tengah bandar Kuala Lumpur, apa kata anda singgah ke Flip Town. Ia merupakan tempat yang dibangunkan oleh Samsung untuk orang ramai menguji kehebatan telefon pintar lipat terbaru mereka, Galaxy Z Flip 5.

Flip Town terletak di Optimist Coffee, Jalan Bukit Bintang. Ia berhampiran pintu masuk D, Stesen MRT Bukit Bintang. Orang ramai boleh berkunjung ke Flip Town dari sekarang hingga 31 Ogos 2023. Tetapi sehingga 13 Ogos 2023, pengunjung boleh meminjam telefon pintar Galaxy Z Flip 5, untuk bergambar secara lebih kreatif di Flip Town.



Untuk meminjam Galaxy Z Flip 5, anda perlu pergi ke Optimist Coffee, Bukit Bintang dan mendapatkannya di sana. Terdapat pelbagai stesen swafoto disediakan, serta mesin pelekat percuma. Ada kotak cermin, peralatan bergambar serta poster dinding Jimin dari BTS untuk digayakan menggunakan kamera Galaxy Z Flip 5.

Selepas puas bergambar, anda boleh mendapatkan kopi percuma dengan syarat, ikuti akaun instagram @GalaxySpaceMY. Jangan lupa untuk menampal tanda pagar #GalaxyZFlip5, #GalaxyZFold5, #JoinTheFlipSide, #MYFlipTown, dalam semua muat naik gambar anda, serta ikuti dan tag akaun @GalaxySpaceMY dan @SamsungMalaysia.



Sumber: @GalaxySpaceMY

Kalau dah layan sangat dengan kamera Galaxy Z Flip 5 dan minat sangat, apa kata buat tempahan sekarang. Sebab dari sekarang sampai 17 Ogos 2023, semua tempahan awal Galaxy Z Flip 5 akan menerima naik taraf storan digandakan, serta e-baucar bernilai RM400 dan juga diskaun sehingga 40% untuk membeli aksesori.

Tetapi pembaca SoyaCincau lebih bertuah kerana boleh menikmati diskaun tambahan RM200 lagi. Hanya masukkan kod SCGALAXY semasa checkout untuk tempahan Galaxy Z Flip 5 di Stor Online Samsung Malaysia.

Galaxy Z Flip 5 512GB terbaru hanya RM4,299 dengan kod SCGALAXY

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Anda boleh jalankan semua aplikasi di skrin luar Galaxy Z Flip 5 dengan cara ini
  • PROMO: Sehingga RM400 diskaun tambahan untuk tempahan Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Tab S9 & Galaxy Watch 6
  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Galaxy Z Flip 5 dan Z Fold 5: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia
  • Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
Tags: Flip Towngalaxy z flip5Optimist CoffeesamsungSamsung Galaxy Z Flip 5
Najib

Najib

POPULAR

Singgah ke Flip Town untuk uji kehebatan kamera Galaxy Z Flip bersama kopi percuma

Singgah ke Flip Town untuk uji kehebatan kamera Galaxy Z Flip bersama kopi percuma

9 August 2023
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN