• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis 5G kini aktif, Hotlink pas bulanan sepantas 12Mbps dan serendah RM45

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:06 am
  • 15/08/2023
  • Komen
Maxis 5G kini aktif, Hotlink pas bulanan sepantas 12Mbps dan serendah RM45
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan pada 14 Ogos 2023, hari ini Maxis telah mengemas kini penawaran prabayar Hotlink mereka dengan produk-produk dengan akses 5G. Seperti biasa, pelan-pelan dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu pelan Internet berkelajuan pantas beserta 5G serta satu lagi pelan Internet “tanpa had” beserta 5G.

Dalam tempoh promosi, pengguna dibawah Pakej Belia yang berumur bawah 24 tahun akan menerima baucar pulangan tunai 20% daripada pelan yang dibeli untuk digunakan sewaktu mempebaharui pelan bulan berikutnya.



Pas Internet pantas dengan 5G

Di bawah Internet berkelajuan pantas, sebanyak 4 pelan ditawarkan yang dibahagikan kepada kelompok lebih kecil mengikut tempoh sah bulanan, mingguan, dan harian.

Untuk pas bulanan, pelan paling premium adalah RM60/bulan. Anda beroleh kuota sebanyak 70GB (4G/5G) disamping kuota bonus dalam tempoh terhad sebanyak 30GB untuk kegunaan 5G sahaja. Menariknya dengan pelan ini adalah, kuota yang sama boleh dibawa keluar negara untuk digunakan di negara terpilih iituh Singapura, Indoesia, dan Thailand.



Dengan kuota berjumlah 100GB ini, anda boleh kongsikannya dengan peranti lain menggunakan ciri hotspot dan panggilan suara tanpa had juga boleh dilakukan di bawah pelan ini.

Pelan yang lebih rendah harganya ditawarkan pada harga RM45/bulan. Anda beroleh kuota lebih rendah iaitu 50G (4G/5G) dan kuota bonus 25GB. Lain-lain manfaat seperti kemudahan hotspot dan panggilan tanpa had kekal kecuali kemudahan perayauan tiada pada pelan ini.

DUa lagi baki pelan dalam kategori Internet pantas adalah pelan mingguan dan harian yang masing-masing ditawarkan pada harga RM15/minggu dan RM3/hari.

Pas Internet tanpa had dengan 5G

Buat yang dambakan pelan tanpa had (dengan FUP), Hotlink tawarkan dua pilihan.

Pelan paling premium boleh dilanggan pada harga RM55/bulan. Ia berikan kelajuan sehingga 12Mbps dengan FUP ditetapkan pada takat 100GB. Anda boleh kongsi kuota melalui hotspot dan lakukan panggilan tanpa had seperti biasa.

Pelan lebih bajet adalah RM45/bulan yang berikan capaian pada paras maksimum 6Mbps dan takat FUP pada 80GB. Manfaat seperti panggilan tanpa had dan perkongsian sambungan melalui hotspot kekal ada.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut

Bacaan berkaitan

Senarai pelan 5G termurah di Malaysia, dari RM15 sebulan

5G di Maxis & Hotlink boleh digunakan mulai 15 Ogos, pelan 5G dari RM45/bulan dengan bonus data 5G

Tags: 5g5g malaysiahotlinkmaxisprepaidtelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Maxis 5G kini aktif, Hotlink pas bulanan sepantas 12Mbps dan serendah RM45

Maxis 5G kini aktif, Hotlink pas bulanan sepantas 12Mbps dan serendah RM45

15 August 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN