• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Neta V: EV termurah Malaysia kini lebih murah sebanyak RM20,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:51 am
  • 15/08/2023
  • Komen
Anda boleh pandu uji Neta V sekarang, EV paling murah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Neta V adalah sebuah EV dan ia pertama di Malaysia yang diumumkan pada harga bawah RM100,000 dan yang paling murah setakat ini dalam pasaran Malaysia. Sewaktu dilancarkan, rebat sebanyak RM10,000 diberikan kepada 100 pembeli awal. Berita baik untuk yang berminat, harganya sekali lagi diturunkan untuk jadikannya lebih kompetetif. Neta V kini ditawarkan pada harga RM79,800 ataupun RM20,000 lebih rendah berbanding harga pelancaran.

Maklumat ini diperoleh daripada Nicolas Koo yang berkongsikannya di kumpulan Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC). Gambar yang dikongsikannya adalah dari salah saut reruai pameran yang letaknya di Sutera Mall, Skudai, Johor.



Mengukuhkan maklumat itu lagi adalah materi pengiklanan sebuah syarikat penjual kereta yang berpengkalan di Johor.

Seperti yang sedia maklum, polisi semasa kerajaan adalah tidak membenarkan sebarang EV import sepenuhnya dijual pada harga melebihi RM100,000. Berkemungkinan besar pengedar Neta di Malaysia berjaya beroleh sedikit kelonggaran daripada pihak MITI dalam merealisasikan harga ini.



Mungkin ia ada kaitan dengna syarikat pemasangan Go Automobile Manufacturing yang merupakan subsidiari kepada GoAuto Group, pengeluar kereta EV ini. Selain itu, GoAuto juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Careplus, sebuah syarikat penghasil sarung tangan getah di Negeri Sembilan.

Tentu sekali EV ini berasa tentangan superhebat daripada BYD Dolphin yang berharga RM99,900. Bukan disebabkan harganya sahaja, malahan kelengkapan keselamatan, kuasa, dan reka bentuk dilihat ramai sebagai lebih baik berbanding Neta V.

Bacaan berkaitan

Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?

BYD Dolphin Malaysia: EV bawah RM100k yang lengkap ciri keselamatan

Tags: EVEV Malaysianetaneta v
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda boleh pandu uji Neta V sekarang, EV paling murah di Malaysia

Neta V: EV termurah Malaysia kini lebih murah sebanyak RM20,000

15 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER