• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[PROMO] Diskaun RM200 untuk pakar swafoto Vivo V27 dan hadiah percuma menarik

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:31 pm
  • 16/08/2023
  • Komen
Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal tiba, Vivo Malaysia akan mengadakan promosi menarik untuk memeriahkan sambutan. Dalam promosi yang dinamakan V One Nation, V One Family, Vivo akan menawarkan rebat untuk model telefon pintar Vivo V27 5G dan memberikan hadiah percuma kepada pembeli.

Promosi ini akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 3 September 2023. Menariknya, Vivo V27 5G akan memperlihatkan diskaun sebanyak RM200 untuk kedua-dua varian. Berikut adalah harganya ketika promosi ini:



  • Vivo V27 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,799 RM1,599
  • Vivo V27 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,999 RM1,799

Kotak Hadiah Percuma & Sarung Telefon Rekaan Sendiri

Selain itu, Vivo juga akan memberikan kotak hadiah percuma dengan setiap pembelian mana-mana telefon pintar Vivo dalam lingkungan harga tertentu. Pembelian dalam lingkungan harga RM699 hingga RM999 akan disertakan kotak hadiah berupa fon telinga, RM1,099 hingga RM1,999 akan diberikan kotak hadiah pengecas dan pembelian atas RM2,000 akan didatangkan dengan kotak hadiah speaker.

Tambah menarik, Vivo turut memberikan keupayaan kepada pembeli untuk menghasilkan sarung telefon Vivo rekaan sendiri di stor flagship Vivo di Pavillion KL, hanya pada hari Merdeka 31 Ogos 2023. Ia layak untuk mereka yang membeli telefon Vivo terpilih pada 1 Januari hingga 31 Ogos 2023.



Untuk menyertainya, pembeli hanya perlu menunjukkan invois pembelian yang dibuat. Kemudian pembeli boleh memilih slot yang diinginkan di antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, 1 tengah hari hingga 3 petang atau 4 petang hingga 6 petang untuk menghasilkan sarung.

Jika anda berhasrat untuk dapatkan Vivo V27 5G pada harga promosi ini, atau mana-mana telefon Vivo dengan hadiah percuma bolehlah singgah ke stor atas talian Vivo, atau stor rasmi Vivo di Lazada atau Shopee.

Spesifikasi Vivo V27

Vivo memasang cip Mediatek Dimensity 7200 4nm ke dalam telefon Vivo V27. Ia digandingkan bersama RAM sehingga 12GB dan storan 256GB. Tiada slot kad mikroSD disediakan.

Skrin jenis AMOLED terdapat di hadapan, berukuran 6.78-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Untuk membuka kunci telefon, terdapat pengimbas cap jari di dalam skrin.  Lubang kecil di dahinya, menempatkan kamera hadapan 50MP F2.45 dengan autofokus. Kamera yang menarik untuk peminat swafoto.

Di belakang, terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 50MP F1.88 dengan sensor Sony IMX766V OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Limpahan cahaya LED memiliki keupayaan pancaran cahaya lembut untuk limpahan cahaya yang lebih sekata.

Tenaga diperolehi daripada bateri berkapasiti 4,600mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 66W USB-C yang datang bersama di dalam kotak. Pengecas ini mampu mengisi bateri dari 0-50% dalam masa 19 minit. Sistem operasi FunTouch OS 13 berasaskan Android 13, datang siap di dalam Vivo V27.

Vivo Malaysia menyediakan tiga pilihan warna dengan kemasan menarik untuk Vivo V27. Warna Emerald Green kaca zamrud yang boleh berubah warna apabila terkena cahaya UV. Warna Noble Black pula menampilkan tekstur kilauan seperti bintang di langit malam. Warna Flowing Gold memperlihat corak riak air 3D pada permukaan belakang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Vivo V27.

Tags: vivovivo v27
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W

[PROMO] Diskaun RM200 untuk pakar swafoto Vivo V27 dan hadiah percuma menarik

16 August 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER