• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa kereta bomba berwarna kuning ada di lokasi pesawat terhempas?

  • OLEH Najib
  • 6:12 pm
  • 17/08/2023
  • Komen
Kenapa kereta bomba berwarna kuning ada di lokasi pesawat terhempas?
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah pesawat peribadi dilaporkan terhempas berhampiran jambatan pelangi Elmina petang ini. Jentera bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Tetapi selain kereta bomba berwarna merah, terdapat satu kereta bomba berwarna kuning terdapat di sana. Kereta bomba berwarna kuning ini memiliki logo Malaysia Airports di sampingnya.

Kenapa kereta bomba berwarna kuning ini ada di sana?



Semoga tugas bomba & polis dipermudahkan. Semoga mangsa² selamat 🤲 pic.twitter.com/NvTUgMQQFu

— tar -zxvf azmwhoruns.tar.gz (@azmilwhoruns) August 17, 2023

Mungkin ada yang tahu, kereta bomba di lapangan terbang selalunya berwarna kuning. Dalam kejadian ini, kereta bomba berwarna kuning ini adalah model Rosenbauer Panther CA-5 dari Austria.

Kereta bomba ini memiliki badan sepanjang 11,640mm atau lebih 11 meter, dengan enjin berkuasa 694hp yang mampu bergerak dari 0-80km/j dalam masa 26 saat. Jentera berat ini mampu membawa muatan seberat 38 tan, termasuk air di dalam tangki. Ia juga boleh bergerak dengan kelajuan tertinggi 140 km/j.



Di Malaysia, Panther CA-5 dibekalkan oleh UMW Equipment Sdn Bhd.

Jentera berat yang besar ini hanya memerlukan tiga pengendali, seorang pemandu dan tiga orang operator. Berdasarkan lokasi kejadian, jentera ini mungkin dihantar dari lapangan terbang Subang, di mana beberapa unit tersedia di sana untuk mengendalikan situasi kecemasan seperti kemalangan kapal terbang.

Kuasa khas pemadam api

Trak ini memiliki pacuan semua roda 6×6 dan boleh membawa air sekitar 10,000 ke 14,000 liter, sekitar 1,000 ke 2,000 liter larutan buih dan sehingga 500 kg serbuk. Larutan buih ini sangat penting kerana ia adalah bahan utama digunakan untuk memadam kebakaran kapal terbang.

We’re gonna get through Monday like a champ! 💪🏻 Hello from KUL! #mondaymotivation #afrs pic.twitter.com/pDTStvQlNz

— Malaysia Airports (@MY_Airports) November 15, 2021

Buih pemadam api yang digunakan adalah gabungan khas buih untuk memadamkan kebakaran kapal terbang. Ini kerana bahan api yang digunakan pesawat memiliki tahap pembakaran yang lebih tinggi, mirip kepada diesel. Api yang terhasil daripada diesel lebih sukar dipadamkan berbanding petrol. Kerana itu, bahan pemadam api khas diperlukan.

Disebabkan itu, kereta bomba berwarna kuning ini berada di Elmina, lokasi kejadian pesawat terhempas khas untuk memadamkan api daripada kapal terbang. Bagaimanapun, tiada api merebak ke kawasan berhampiran dilaporkan.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: afrsbombaKereta BombaMalaysia AirportPesawat Terhempas ElminaTrak Bomba
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Kenapa kereta bomba berwarna kuning ada di lokasi pesawat terhempas?

Kenapa kereta bomba berwarna kuning ada di lokasi pesawat terhempas?

17 August 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER