• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesawat terhempas berhampiran Jambatan Pelangi Elmina adalah Beechcraft Premier 1

  • OLEH Najib
  • 5:13 pm
  • 17/08/2023
  • Komen
Pesawat terhempas berhampiran Jambatan Pelangi Elmina adalah Beechcraft Premier 1
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah kapal terbang dilaporkan telah terhempas di Elmina, berdekatan dengan jambatan pelangi Elmina yang popular, kira-kira pukul 3 petang tadi. Dipercayai ia adalah pesawat peribadi yang boleh membawa 6 penumpang.

Pesawat yang terhempas itu dipercayai menggunakan nombor pendaftaran N28JV, merupakan sebuah pesawat peribadi, Beechcraft Model 390 (Premier 1). Sejarah penerbangan menunjukkan ia berlepas dari Pulau Langkawi pukul 2 petang dan menuju ke arah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang. Punca kemalangan masih belum diketahui.



Dalam log penerbangan yang direkod oleh Flightaware, pesawat tersebut kali terakhir merekod kelajuan pada 180 batu/jam (~290km/j). Sehingga kini, ia tidak mencatatkan pendaratan.

Kenyataan Rasmi CAAM

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengesahkan bahawa pesawat yang terhempas itu dimiliki oleh Jet Valet Sdn. Bhd, syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan peribadi. Jet Valet juga adalah anak syarikat Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).



sumber

CAAM menyatakan, sejumlah enam penumpang dan 2 kakitangan penerbangan menaiki pesawat tersebut. Bagaimanapun, keadaan mereka masih belum dapat disahkan lagi. Siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), di bawah Kementerian Pengangkutan.

[Sumber: NST]
[gambar: Wikipedia]

Tags: BeechcraftBeechcraft Premier IPesawat Terhempas Elmina
Najib

Najib

POPULAR

Pesawat terhempas berhampiran Jambatan Pelangi Elmina adalah Beechcraft Premier 1

Pesawat terhempas berhampiran Jambatan Pelangi Elmina adalah Beechcraft Premier 1

17 August 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN