• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Vivobook S 15 OLED BAPE Edition: Gabungan prestasi tinggi laptop Asus dan aksesori rekaan popular BAPE

  • OLEH Najib
  • 8:07 pm
  • 18/08/2023
  • Komen
Vivobook S 15 OLED BAPE Edition: Gabungan prestasi tinggi laptop Asus dan aksesori rekaan popular BAPE
Share on FacebookShare on Twitter

Anda kenal tak BAPE (A Bathing Ape), jenama pakaian jalanan yang berasal dari Jepun? Asus kini mengumumkan produk pertama mereka yang dihasilkan dengan kerjasama BAPE, laptop Vivobook S 15 OLED BAPE Edition.

Laptop edisi khas ini menampilkan rekaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, diinspirasikan daripada rekaan penyamaran (camouflage) BAPE yang popular. Ia juga disertakan aksesori eksklusif yang mirip dengan rekaan laptop.



Harga dan Tarikh Jualan

Berita paling baik, laptop ini boleh didapati di Malaysia. Ia mula dijual untuk pasaran tempatan pada 18 Ogos 2023, di semua pengedar sah laptop Asus, serta atas talian di e-Store Asus Malaysia, Lazada dan Shopee.

Hanya ada satu varian dijual di sini dengan harga berikut:



  • Vivobook S 15 OLED BAPE Edition – RM6,499

Pilihan yang disediakan untuk pengguna adalah warna. Antara biru cameo dengan laptop berwarna perak, dan hijau cameo dengan laptop berwarna hitam. Pembeli juga akan menerima aksesori eksklusif rekaan BAPE iaitu:

  • Beg Sandang BAPE
  • Tetikus Asus Marshmallow BAPE
  • Figura BABY MILO BAPE
  • Pelekat kekunci BAPE
  • Pelekat BAPE

Spesifikasi Vivobook S 15 OLED BAPE Edition

Secara kasar, laptop edisi BAPE ini memiliki rupa fizikal yang serupa dengan model Vivobook S 15 OLED yang biasa. Tetapi Asus memberikan perkakas terbaik di dalam laptop edisi BAPE ini.

Bagi pemproses, Asus memasang cip Intel Core i9-13900H yang mampu beroperasi dengan kelajuan sehingga 5.4Ghz. Kuasa ini dipadankan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 16GB serta storan SSD PCIe 4.0 seluas 1TB. Grafik pula digerakkan oleh GPU Intel Iris Xe.

Kehebatan laptop Asus ini diserlahkan lagi dengan paparan OLED yang sangat menawan. Ia seluas 15.6-inci dengan resolusi WQHD+ 2.8K (2880×1620), serta kadar penyegaran 120Hz. Tahap kecerahannya juga tinggi, mencecah 600 nits. Skrin ini juga memiliki 100% warna gamut DCI-P3, disahkan PANTONE serta nilai purata Delta-E < 2.

Pengguna tidak perlu risau menggunakan laptop ini kerana ia diiktiraf tahan lasak tahap tentera, MIL-810H. Asus juga menempatkan kamera web 3DNR dengan resolusi HD Penuh, untuk panggilan video dengan paparan gambar berkualiti tinggi dan bunyi suara yang jelas. Sistem bunyi pada laptop dihasilkan melalui speaker stereo dan menyokong bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 75Wh dan Asus memberikan pengecas DC 90W bersamanya. Walaupun dengan saiz badan yang besar, berat laptop edisi BAPE ini hanya 1.6kg. Papan kekuncinya berlampu dengan teknologi Ergosense, bersama pad sentuh untuk pengalaman menaip penuh lancar.

Sambungan port fizikal yang terdapat pada laptop ini adalah USB-C Thunderbolt 4, USB-A 3.2 Gen 1, USB-A 2.0, HDMI 1.4, jek audio kombo, dan kuasa DC. Ia juga hadir dengan sokongan Bluetooth 5.3 dan WiFi 6E (802.11ax).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laptop yang menarik ini, layari laman produk Vivobook S 15 OLED BAPE Edition.

Bacaan Berkaitan

  • 5 Laptop Kerja Terbaik Bawah RM4,000 (Mei 2023)
  • Acer Swift X 14 Malaysia: Laptop untuk pencipta kandungan dengan Intel Core i7 dan RTX 4050
  • MSI lancar siri Bravo terbaru, laptop MSI pertama gabung AMD Ryzen dan GeForce RTX 40
  • Laptop mesra alam Acer Vero 14 diperbaharukan dengan cip Intel generasi ke-13 dan rebat RM500
Tags: asusAsus VivoBookasus Vivobook S 15 OLED BAPE EditionBAPElaptopVivobook S 15 OLED
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Vivobook S 15 OLED BAPE Edition: Gabungan prestasi tinggi laptop Asus dan aksesori rekaan popular BAPE

Vivobook S 15 OLED BAPE Edition: Gabungan prestasi tinggi laptop Asus dan aksesori rekaan popular BAPE

18 August 2023
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER