• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fahmi minta telco kekalkan harga pelan 5G sama seperti harga pelan 4G

  • OLEH Najib
  • 8:26 pm
  • 22/08/2023
  • Komen
Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil akan bertemu dengan ketua syarikat telekomunikasi (telco) tidak lama lagi, untuk membincangkan tentang harga pelan 5G pengguna yang meningkat. Perkara ini diberitahu ketika Fahmi bertemu wartawan selepas melancarkan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam (IDE) 2023 hari ini.

Fahmi menerangkan, isterinya sendiri masih tidak mahu menggunakan 5G kerana perpindahan dari rangkaian 3G ke 4G dahulu tidak perlu sebarang bayaran. Tetapi untuk berpindah ke 5G, kena bayar. Kerana soalan ini daripada isteri menteri, Fahmi menyatakan dia perlu mendapatkan jawapan yang sepatutnya.



Beberapa telco mengenakan bayaran tambahan untuk akses 5G, sekitar RM3 hingga RM20 di atas yuran pelan sedia ada. Tetapi Fahmi menyedari, terdapat telco seperti Yes 5G yang tidak mengenakan bayaran tambahan untuk akses 5G. Kerana itu, dia berharap perkara ini boleh dipertimbangkan oleh telco supaya harga pelan tidak dinaikkan.

Celcom mengenakan caj RM10 untuk akses 5G, manakala Hotlink RM5

Beberapa pertemuan dan rundingan akan diadakan antara kerajaan dan telco. Kerajaan juga telah mengumumkan Pakej 5G Rahmah, yang akan diumumkan oleh telco pada 31 Ogos 2023. Fahmi berharap, isu yuran akses 5G ini dapat diselesaikan sebelum tarikh tersebut.



Kerajaan telah menubuhkan syarikat tujuan khas, Digital Nasional Berhad (DNB) pada Mac 2021 sebagai pemilik spektrum dan pembangun 5G secara tunggal di Malaysia, supaya kos pembangunan lebih rendah dan menjamin harga 5G lebih murah kepada pengguna. Semua telco di Malaysia perlu menggunakan perkhidmatan DNB untuk menyediakan akses 5G kepada pengguna.

Bagaimanapun, langkah ini mendapat sambutan dingin daripada telco sedia ada kerana keputusan yang dilihat terburu-buru, perjanjian dikatakan berat sebelah dengan kontrak terlampau panjang, serta harga borong yang terlalu mahal. Sehubungan itu, DNB tidak sukar untuk mendapat persetujuan bagi menandatangani perjanjian akses 5G daripada empat telco utama di Malaysia. Hanya YTL Communications bersetuju dengan syarat DNB sejak awal lagi.

Selepas lebih setahun daripada perancangan awal iaitu pada November 2022, barulah Celcom, Digi, Telekom Malaysia dan U Mobile bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan 5G DNB. Tetapi Maxis masih belum memuktamadkan persetujuan mereka.

Pilihanaraya Umum ke-15 (PRU15) yang berlansung pada bulan Novmber 2022, menyaksikan perubahan kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Antara langkah terawal yang diumumkan adalah mengkaji semula model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) 5G oleh DNB.

Pada bulan Mei 2023, kerajaan Malaysia memutuskan untuk mengubah model 5G kepada dwi rangkaian. Satu entiti akan ditubuhkan di samping 5G pada awal 2024, selepas DNB berjaya membangunkan liputan 5G untuk mencapai 80% kawasan berpenduduk.

[Sumber: The Edge]

Tags: 5g malaysiaDNBFahmi Fadziltelco
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan

Fahmi minta telco kekalkan harga pelan 5G sama seperti harga pelan 4G

22 August 2023
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER