• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 15 dan 15 Pro akan datang dengan kabel USB-C luar biasa, inikah revolusi iPhone seterusnya?

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:46 pm
  • 22/08/2023
  • Komen
Kabel Lightning baru di iPhone 12 tidak mudah patah dan lebih tahan lasak
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 15 pada bulan September ini. Sehingga kini, sudah ada banyak khabar angin yang bertiup kencang terutamanya kemunculan port USB-C buat pertama kalinya di iPhone. Kini, terdapat khabar angin terbaru mengatakan siri iPhone 15 bakal didatangkan dengan kabel USB-C sepadan warna.

Menurut MacRumours, kabel USB-C sepadan warna ini bakal tersedia untuk kedua-dua siri iPhone 15 Pro dan bukan Pro. Pengguna X (Twitter) “Majin Bu” peroleh gambar kabel berwarna yang dipercayai adalah kabel untuk iPhone 15 versi bukan Pro.



This is supposed to be the iPhone 15 USB C cable, I found this photo online but currently I can't trace the resource, so I can't be sure if it's true or not pic.twitter.com/bTILwlxxG5

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) August 19, 2023

Terdapat tiga warna kabel USB-C yang disertakan dalam gambar tersebut. Tetapi, dia mengatakan kesahihan gambar tidak dapat disahkan kerana dia tidak dapat mengesan sumber khabar angin yang asalnya tular di media sosial di China.

iPhone 15 Pro USB-C Cable DVT Sample
Full black including connectors inside, comes with black SR(Strain relief plastic tubes) which different with the existing Woven Cable with USB-C from  (Except the one of Mac Pro)#Apple #appleinternal @HartleyCharlton @URedditor pic.twitter.com/pbjMDfpXu0

— Kosutami (@KosutamiSan) August 21, 2023

Sementara itu, seorang lagi pengguna lain bernama “Kosutami” peroleh gambar yang dipercayai kabel berwarna USB-C untuk model bukan Pro dan mendakwa ia adalah kabel USB-C iPhone 15 dalam fasa ujian. Kabel yang ditunjukkan berwarna hitam, datang dengan bahan yang dipanggil “Strain Relief” yang mana berbeza dengan kabel USB-C “woven” sedia ada Apple. Selain itu, dia juga menjangkakan kabel ini akan didatangkan dalam warna putih, hitam, kuning, ungu dan oren.



Jika benar, ini dapat memberikan gambaran berkenaan warna terbaru untuk iPhone 15 bukan Pro nanti. Pada awal Februari tahun ini, terdapat laporan mengatakan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan didatangkan dalam warna biru terang dan merah jambu. Namun, warna kabel yang disertakan dalam gambar boleh dilihat tidak sepadan dengan laporan sebelum ini, kerana warna kabel merah jambu boleh dilihat seolah warna Coral iPhone XR.

Bagaimanapun, Apple sehingga kini hanya menyertakan iPhone bersama kabel Lightning yang terkenal untuk cepat rosak. Pengguna iPhone acap kali perlu membeli kabel lain atau mencari alternatif lain untuk melindunginya seperti membeli sarung kabel. Kedatangan kabel braided sememangnya telah lama dinantikan oleh pengguna iPhone kerana ia lebih tahan lasak untuk penggunaan dalam jangka masa yang panjang.

[Sumber: MacRumors]

Tags: appleiphoneiphone 15usb-c
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kabel Lightning baru di iPhone 12 tidak mudah patah dan lebih tahan lasak

iPhone 15 dan 15 Pro akan datang dengan kabel USB-C luar biasa, inikah revolusi iPhone seterusnya?

22 August 2023
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN