• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton masih siasat punca Proton X90 terbakar, tolak kemungkinan bateri hibrid meletup

  • OLEH Najib
  • 6:42 pm
  • 23/08/2023
  • Komen
Proton masih siasat punca Proton X90 terbakar, tolak kemungkinan bateri hibrid meletup
Share on FacebookShare on Twitter

Proton X90 telah dilancar di Malaysia awal tahun ini sebagai kenderaan elektrik hibrid pertama keluaran Proton. Ia juga adalah SUV terbesar Proton, dengan 7 tempat duduk.

Baru-baru ini, tular video yang menunjukkan sebuah Proton X90 mengalami kebakaran di bahagian dalaman. Video yang tular itu menunjukkan api telah berjaya dipadamkan dan ia telah merobek bahagian belakang kenderaan.



Sehubungan itu, Proton telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai video tersebut. Menurut Proton, mereka sudah menyedari kemalangan ini dan telah pergi mendapatkan Proton X90 tersebut. Proton telah menubuhkan pasukan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengetahui punca kemalangan.

Proton juga menerangkan bahawa tiada letupan berlaku akibat bateri “mild” hibrid 48V yang digunakan pada Proton X90. Proton memahami kebimbangan orang ramai tentang perkara ini dan meminta kerjasama supaya mengelakkan dari menimbulkan spekulasi sementara siasatan masih berjalan.



sumber

Seperti biasa, Proton sentiasa mementingkan keselamatan dan kualiti produk sebagai perkara paling utama. Proton juga menjamin bahawa semua model kenderaan dibangunkan dengan menepati standard tertinggi. Setiap unit kenderaan juga menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat, sebelum dihantar kepada pelanggan.

Salah satu perkara yang menjadi kerisauan orang ramai untuk menggunakan kenderaan elektrik (EV) adalah bateri yang mudah terbakar jika terlibat dalam kemalangan. Di dalam skala kecil seperti telefon pintar, bateri di dalam boleh menjadi kembung jika tidak dijaga dengan baik, seperti membiarkannya di bawah terik matahari terlalu lama.

Bagi Proton X90, ia dikuasakan Sistem Motor Listrik Sinergi (EMS) 48V, menggabungkan enam komponen utama, termasuk motor Belt-Starter Generator (BSG) 48V, Konverter DCDC, Bateri Lithium-Ion (Li-ion) 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Pengereman Rekuperasi, dan Sistem Kontrol Modul Hibrid.

BYD Blade Battery

Berbanding Lithium Besi-Fosfat (LFP) yang lebih selamat dan digunakan oleh BYD dalam “Blade Battery” mereka, bateri Li-ion memiliki bahan lebih mudah terbakar. Kerana itu ia memerlukan sistem keselamatan lebih ketat.

[Sumber: Proton]

Bacaan Berkaitan

  • Proton X90 diperkenal sebagai kereta elektrik hibrid pertama, SUV terbesar Proton dengan 7 tempat duduk
  • Proton X90 Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu tentang SUV terbesar jenama tempatan ini
Tags: protonProton X90
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Proton masih siasat punca Proton X90 terbakar, tolak kemungkinan bateri hibrid meletup

Proton masih siasat punca Proton X90 terbakar, tolak kemungkinan bateri hibrid meletup

23 August 2023
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN