• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda mengundi di Selangor? I/C anda mungkin telah disalah guna tanpa kebenaran

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:22 am
  • 24/08/2023
  • Komen
Anda mengundi di Selangor? I/C anda mungkin telah disalah guna tanpa kebenaran
Share on FacebookShare on Twitter

Buat penduduk Selangor yang mempunyai nombor kad pengenalan berkod negeri itu dan/atau yang bermustautin di Selangor dan/atau pengundi di dalam negeri Selangor, nombor kad pengenalan anda mungkin telah digunakan oleh kerajaan negeri untuk didaftarkan di bawah insurans kelompok melalui program INSAN.

Sebenarnya program INSAN ini telah diumumkan dalam bulan Oktober 2022 lalu. Cuma tahun ini sahaja telah ditambah baik dengan menyertakan Takaful bersama-sama Insurans konvensional.



Ia dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor sendiri di Stadium Sultan Suleiman, Klang. Pada ketika itu, diumumkan yang 6 juta penduduk selangor dan pengundi berdaftar akan dilindungi di bawah Insurans Am Insan yang ditaja oleh pihak kerajaan negeri.

Selain daripada itu, pihak kerajaan juga menyatakan yang pendaftaran telah dibuka melalui APP e-Wallet Wavpay yang boleh dimuat turun menerusi App Store, Google Play Store, dan AppGallery.



Namun, disinilah sesuatu yang pelik berlaku. Ada pengguna mendapati yang adanya polisi insurans di atas nama mereka yang berkuat kuasa bermula 16 November 2022 walaupun tidak melakukan pendaftaran.

Bagaimanakah pengguna itu ingin lakukan pendaftaran kalau dia sendiri pun tidak mempunyai akaun e-Wallet Wavpay?

Malahan, ia amat bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang mengatakan maklumat yang diperolehi pihak beliau adalah bagi tujuan pendaftaran INSAN kepada rakyat Selangor yang berkelayakan. Pemohon yang berminat masih perlu lakukan pengesahan dengan gambar swafoto dan kad pengenalan serta dokumen berkaitan bagi tujuan memperlengkap permohonan.

(Dari kiri) CEO AmGeneral Insurance Martin Bridger, Exco Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian, Industri Kecil & Sederhana negeri Datuk Teng Chang Khim, dan CEO Wavpay Fintech Holdings Sdn. Bhd. Brahma Shakti sewaktu menandatangani MOU pada 21 Oktober 2022 (sumber).

Sekiranya dakwaan itu benar, bagaimanakah seseorang yang tiada akaun Wavpay, yang tiada saluran untuk lakukan pendaftaran, dan yang tiada kaedah untuk lakukan pengesahan dengan gambar swafoto, tetap mempunyai polisi yang aktif sejak 16 November 2022?

Pihak yang mengendalikan inisiatif Insan juga dilihat agak meragukan. Dalam bulan Julai 2022 lalu, wakil DUN Gombak Setia, Hilman Idham mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyuntik dana tunai sebanayk RM200,000 kepada WavPay System Sdn. Bhd. sedangkan syarikat tersebut tiada sebarang aset dan aliran wang masuk. Lebih memelikkan, Menteri Besar Selangor Diperbadankan sanggup membayar RM10 juta untuk 49% ekuiti dalam WavPay yang dilihat tidak sepadan dengan nilaian sebenar.

Tags: insanprogram insanSelangortakafulwavpay
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda mengundi di Selangor? I/C anda mungkin telah disalah guna tanpa kebenaran

Anda mengundi di Selangor? I/C anda mungkin telah disalah guna tanpa kebenaran

24 August 2023
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN