• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Freebuds SE 2, fon putik mampu milik dengan bateri sehingga 9 jam di putik dan 40 jam bersama bekas

  • OLEH Najib
  • 1:44 pm
  • 24/08/2023
  • Komen
Huawei Freebuds SE 2, fon putik mampu milik dengan bateri sehingga 9 jam di putik dan 40 jam bersama bekas
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah banyak fon putik dilancar untuk pasaran Malaysia. Huawei kini menambah barisan fon putik mereka dengan mengumumkan kedatangan Huawei FreeBuds SE 2. Ia adalah fon putik dengan harga mampu milik, tidak sampai RM200.

Harga dan Promosi Tempahan Awal

Fon putik Huawei FreeBuds SE 2 masih belum dijual sekarang dan tempahan awal akan dibuka dari 1-8 September 2023. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM199 sahaja. Tetapi harga tempahan awal akan diumumkan lebih murah kelak.



Selain itu, Huawei juga menawarkan baucar RM10 untuk pembelian awal dan ia boleh ditebus di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee mulai 25 Ogos 2023. Baucar RM10 ini boleh digunakan antara 1-15 September 2023.

Spesifikasi Huawei FreeBuds SE 2

Generasi kedua fon putik mampu milik Huawei ini menampilkan rupa yang berbeza. Ia tidak lagi menggunakan rekaan separa dalam telinga dengan putik getah, sebaliknya ia kini datang dengan konsep terbuka, tanpa putik getah. Putik juga disimpan secara menegak ke dalam bekas, tidak lagi secara terbaring.



Peningkatan terbesar adalah pada hayat bateri. Pada putik sahaja, ia mampu memainkan lagi sehingga 9 jam. Bersama bekas pengecas, ia boleh digunakan sehingga 40 jam. Mengecas pantas selama 10 minit di dalam bekas pengecas pula, boleh memberikan masa penggunaan 3 jam.

Sebagai fon putik mampu milik, FreeBuds SE 2 tiada penyaring hingar aktif atau ANC. Ia juga sangat ringan, dengan berat putik hanya 3.8 gram dan bekas pengecas 35.6 gram.

Fon putik ini juga boleh dihubungkan dengan peranti EMUI, Android, iOS dan banyak lagi. Sambungan Bluetooth 5.3 menjadikan sambungan ke peranti lebih mudah dan stabil.

Kawalan di putik menggunakan fungsi sentuh. Pengguna boleh mengetuk putik untuk mengawal lagu dimainkan, menjawab panggilan dan lain-lain kawalan yang boleh diubah tetapannya.

Peminat aktiviti kecergasan juga tidak perlu risau menggunakan FreeBuds SE 2 kerana ia kalis air dan debu IP54. Tidak kira berpeluh ketika di gym atau berlari di tepi pantai, ia boleh digunakan tanpa perlu memikirkan kesan sampingan air atau pasir.

Satu lagi fungsi yang ditambah dalam fon putik generasi ke-2 ini adalah kemampuan mengesan putik yang terciri. Bunyi yang kuat akan dimainkan pada putik untuk pengguna mengetahui lokasinya.

Ada dua warna pilihan untuk FreeBuds SE 2 iaitu putih dan biru. Untuk maklumat lanjut mengenai fon putik baru ini, layari laman produk Huawei FreeBuds SE 2.

Bacaan Berkaitan

  • Dapatkan Huawei Freebuds 5i, fon putik ANC dengan diskaun RM60 pada 2 Februari
  • Huawei FreeBuds Lipstick, pelengkap aksesori wanita
  • Redmi Buds 4 Active, fon putik baru dengan harga sangat murah dan hayat bateri 28 jam
Tags: fon putikHuaweiHuawei FreeBuds SE 2
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Huawei Freebuds SE 2, fon putik mampu milik dengan bateri sehingga 9 jam di putik dan 40 jam bersama bekas

Huawei Freebuds SE 2, fon putik mampu milik dengan bateri sehingga 9 jam di putik dan 40 jam bersama bekas

24 August 2023
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER