• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon RM599 ini ada skrin AMOLED 120Hz dan kamera periskop dengan zum optikal 5x

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 24/08/2023
  • Komen
Telefon RM599 ini ada skrin AMOLED 120Hz dan kamera periskop dengan zum optikal 5x
Share on FacebookShare on Twitter

Kamera telefoto biasanya ada di telefon pintar kelas flagship. Apatah lagi kamera telefoto dengan periskop yang boleh mengezum optikal lebih jauh daripada biasa. Tetapi jika anda berminat untuk mendapatkannya pada harga murah, ini peluang anda.

Stor Rasmi Infinix di Lazada telah menyenaraikan telefon pintar Infinix Zero X Pro yang memiliki kamera periskop, dengan diskaun 50%. Dari harga asal RM1,199, ia kini boleh dibeli pada harga RM599 sahaja. Harga setaraf telefon kelas permulaan. Pilihan warna ada dua, perak dan coklat. Tiada stok warna hitam.



Model yang sudah berusia dua tahun ini masih memiliki beberapa spesifikasi yang menarik. Antaranya skrin Super AMOLED 120Hz, seluas 6.67-inci HD Penuh. Di samping itu, ia dilengkapi kamera utama 108MP OIS, kamera ultra lebar 8MP dan kamera telefoto periskop 8MP OIS dengan keupayaan zum optikal 5x dan zum hibrid 60X.

Infinix Zero X memiliki bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Mampu mengecas dari 0-40% dalam masa 15 minit.



Tetapi kekurangannya adalah ia tiada sokongan 5G. Telefon ini dipasang dengan cip Mediatek Helio G95, prestasi yang agak ketinggalan untuk kuasa kelas pertengahan masakini. Pada harga ini, ia datang bersama RAM 8GB dan storan 128GB.

Seperkara lagi, Infinix Zero X Pro dilancar dengan sistem operasi XOS 10, berasaskan Android 11. Bagaimanapun, sehingga kini ia masih belum menerima kemaskini Android 12. Pada bulan Jun lepas, Infinix mengumumkan akan memberi kemaskini Android 13 untuk model Zero 5G, Zero Ultra dan Zero 20. Masih tiada khabar untuk Zero X Pro.

Kalau anda berminat dengan kamera telefoto periskop dan skrin AMOLED, serta tidak kisah dengan OS yang lama tidak dikemaskini dan prestasi sederhana, maka bolehlah anda dapatkan Infinix Zero X Pro yang sangat murah ini.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan
  • Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000
  • Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: InfinixInfinix Zero X ProLazada
Najib

Najib

POPULAR

Telefon RM599 ini ada skrin AMOLED 120Hz dan kamera periskop dengan zum optikal 5x

Telefon RM599 ini ada skrin AMOLED 120Hz dan kamera periskop dengan zum optikal 5x

24 August 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN