• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon G3x Gen 2: Salah satu daripada tiga SoC untuk konsol tangan Qualcomm

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:26 pm
  • 25/08/2023
  • Komen
Snapdragon G3x Gen 2: Salah satu daripada tiga SoC untuk konsol tangan Qualcomm
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah mengemas kini dan memperkenalkan produk-produk baharu dalam siri gaming platform mereka. Siri ini mengandungi cip pemproses yang dioptimumkan untuk peranti yang dikhusukan untuk bermain permainan digital semata dan tidak mempunyai fungsi panggilan telefon.

Tiga produk baharu yang diumumkan adalah:



  • Snapdragon G3x Gen 2
  • Snapdragon G2 Gen 1
  • Snapdragon G1 Gen 1

Tiga produk ini akan memenuhi keperluan tiga peringkat penggunaan bermula dengan yang premium hinggalah ke mampu milik.

Snapdragon G3x Gen 2

Snapdragon G3x Gen 2 ialah flagship dalam kalangan tiga yang dilancarkan. Ini adalah cip generasi kedua yang dikatakan memiliki prestasi GPU dua kali lebih pantas berbanding sebelumnya dan prestasi CPU 30% lebih tinggi. Cip ini ditujukan kepada mesin gaming yang menjalankan permainan terus daripada peranti.



Ia juga direka untuk memainkan permainan pada tetapan paling tinggi dan pada kadar bingkai setinggi 144Hz pada resolusi FHD+.

Ia mampu mendukung tugas memproses grafik dan siri G pertama yang menyokong ray tracing. Ia turut menyokong Wi-Fi 7 dan sambungan selular 5G kalau-kalau pengguna ingin mainkan permainan secara strem melalui platform awam seperti GeForce Now, Steam Link, PS Play, dan sebagainya.

Generasi sebelum itu iaitu G3x Gen 1 telah digunakan oleh Razer Edge untuk jadi tunjang peranti itu.

Snapdragon G2 Gen 1

Snapdragon G2 Gen 1 juga direka untuk memainkan permainan pada tetapan paling tinggi untuk konsol permainan tangan iaitu FHD+ pada kadar 144FPS. Walau bagaimanapun, produk ini dikhusukan pada bermain menggunakan perkhidmatan awan.

GPU yang diberikan padanya adalah Adreno A21 yang dioptimumkan untuk pengkomputeran awan. Fokus turut diberikan pada hayat bateri yang panjang serta keupayaan untuk mengekalkan prestasi pada paras paling optimum selama mungkin.

Untuk ketersambungan, ia menyokong 5G, Wi-Fi 6/6E, dan Bluetooth 5.0.

Snapdragon G1 Gen 1

Snapdragon G2 Gen 1 terletak di paling bawah dalam keluarganya. Ia ditujukan untuk konsol permainan tangan mampu milik dan menjalankan permainan pada resolusi optimum HD pada kadar 60fps. Disebabkan tidak mempunyai kuasa pemproses yang tinggi untuk jalankan permainan terus in-situ sebaliknya bergantung kepada perkhidmatan awan.

Bagi memastikan produk yang diperkasa produk ini boleh ditawarkan pada harga mampu milik, ia tidak diberikan sambungan selular sebaliknya berhubung kepada Internet melalui sambungan Wi-Fi 5.

Sumber: Qualcomm

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon g2 gen 1qualcomm snapdragon g3x gen 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Snapdragon G3x Gen 2: Salah satu daripada tiga SoC untuk konsol tangan Qualcomm

Snapdragon G3x Gen 2: Salah satu daripada tiga SoC untuk konsol tangan Qualcomm

25 August 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER