• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebuhraya DUKE terima pembayaran kad kredit dan debit bermula 28 Ogos

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:36 pm
  • 28/08/2023
  • Komen
Lebuhraya DUKE  terima pembayaran kad kredit dan debit bermula 28 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) di plaza tol yang diperkenal kerajaan pada April lalu telah mula diuji di beberapa tol di Malaysia. Kini, lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) pula secara rasmi mengumumkan pelaksanaanya bermula hari ini. Ini membolehkan pengguna lebuhraya DUKE membayar di plaza tol menggunakan kad kredit dan debit.

Seperti ujian SPT di lebuhraya lain, terminal kad kredit dan debit di lebuhraya DUKE dipasangkan di lorong kad Touch ‘n Go sedia ada. Ia boleh dikenal pasti menerusi papan tanda besar di atas lorong. Di lorong itu, anda akan dapati terminal kad kredit dan debit berasingan yang berbeza dengan terminal kad Touch ‘n Go. Terminal ini memiliki skrin LCD bagi memaparkan jumlah bayaran dan status transaksi.



Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa ia hanya menyokong pembayaran tanpa sentuh menggunakan kad Visa, Mastercard atau MyDebit. Kad American Express (AMEX) tidak di sokong.

Untuk pengetahuan anda, sudah ada tujuh lebuhraya lain yang mula mengguna pakai SPT dan ia adalah seperti berikut:



  • Lebuhraya Maju (MEX)
  • Skim Penyuraian Trafik KL – Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya SMART
  • Lebuhraya New Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

Menurut pengumuman oleh Kementerian Kerja Raya pada April lalu, terdapat lagi empat lebuhraya yang bakal menerima pembayaran kad kredit dan debit melalui SPT iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Kementerian itu juga mengatakan pelaksanaan SPT di semua lebuhraya akan mula diuji menjelang September ini. Jadi jangkakan baki lebuhraya tadi akan dilaksana pada 1 September ini.

Pembayaran menggunakan kad kredit dan debit di plaza tol bakal mempelbagaikan pilihan cara pembayaran pengguna. Ujian yang dilakukan oleh kami di plaza tol MEX menunjukkan pembayaran kad kredit dan debit agak lambat sedikit berbanding kad TNG dan RFID dengan perbezaan 2 hingga 5 saat.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Lebuhraya KESAS dan terowong SMART mula uji pembayaran tol dengan kad debit dan kredit
  • Tol LDP dan SPRINT mula terima kad debit dan kredit, uji Sistem Pembayaran Terbuka
  • Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?
Tags: kad debitKad kreditlebuhraya dukeMyDebitPlaza TolSistem tol terbukaSPT
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Lebuhraya DUKE  terima pembayaran kad kredit dan debit bermula 28 Ogos

Lebuhraya DUKE terima pembayaran kad kredit dan debit bermula 28 Ogos

28 August 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN