Pernah tak anda terfikir, telefon apa yang dilengkapi dengan ciri NFC dan IR Blaster? Kalau NFC, memang kebanyakan telefon lebih RM1,000 sekarang memang sudah ada. Tetapi untuk IR Blaster, ia satu ciri yang popular pada masa dulu sahaja, dan sekarang tidak berapa banyak telefon yang mempunyainya kerana ciri ini tidak selalu digunakan.
Sebenarnya telefon terbaik dalam senarai bawah RM2,000 kami sebelum ini pun ada yang memiliki kombinasi NFC dan IR Blaster, tetapi tidak semua. Selain telefon dalam senarai tersebut, ada ke telefon yang ada NFC dan IR Blaster? Ada beberapa pilihan yang anda boleh dapat dan kesemuanya bawah RM2,000 sahaja.
1. Poco F5 Pro
Pertama, Poco F5 Pro, telefon yang ada dalam senarai sebelum ni yang ada NFC dan IR Blaster. Ia dikuasakan oleh cip berkuasa tinggi Snapdragon 8+ Gen 1. Skrin dia tidak kurang hebat dengan menggunakan paparan jenis AMOLED 120Hz WQHD dan sokong pengecasan wayarles.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
2. Xiaomi 12T
Seterusnya, masih telefon dalam senarai sebelum ini iaitu Xiaomi 12T. Di samping memiliki NFC dan IR Blaster, ia mempunyai sistem kamera yang baik dengan menampilkan kamera utama 108MP OIS, dengan kamera depan 20MP. Menggerakkan telefon adalah dari cip Mediatek Dimensity 8100 Ultra.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
3. iQoo Z7
Ketiga, sebuah telefon gaming iaitu iQoo Z7. Bukan sahaja ia dilengkapi NFC dan IR Blaster, ia juga ada RAM seluas 12GB dan pengecasan pantas 120W. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 782G dan kamera utamanya mengguna pakai sensor 64MP.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
4. Redmi Note 12 Pro 5G
Keempat, jika anda ada bajet yang lebih rendah, bolehlah dapatkan Redmi Note 12 Pro 5G. Ia merupakan telefon termurah dalam senarai ini yang didatangkan bersama NFC dan IR Blaster, dengan storan seluas 256GB. Ia ada paparan AMOLED 120Hz HD Penuh dan kamera utama 50MP OIS.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
5. Oppo Reno 10
Akhir sekali adalah Oppo Reno 10. Telefon terbaru yang dilancarkan dengan memiliki NFC dan IR Blaster. Paparannya beresolusi HD Penuh 120Hz melengkung dan mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh yang besar dengan pengecasan SuperVOOC 67W.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Kesemua telefon tadi ada ciri NFC dan IR Blaster. Bolehlah anda gunakan untuk kawal TV, AirCond atau kipas. Nak bayar tol guna Google Pay pun boleh sebab sokong NFC.