• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Tiada lagi Zenfone, Asus sedang lakukan penstrukturan semula organisasi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:40 pm
  • 28/08/2023
  • Komen
Tiada lagi Zenfone, Asus sedang lakukan penstrukturan semula organisasi
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 29 Ogos 2023

Asus umumkan yang siri Zenfone terus dibangunkan. Produk baharu tiba seawal 2024.




Zenfone adalah siri telefon yang dikeluarkan Asus sejak tahun 2014. Nampaknya susur galur Zenfone bakal terhenti di Zenfone 10 apabila dilaporkan yang Asus telah membubarkan pasukan yang bertanggungjawab ke atas pembangunan Zenfone dek penstrukturan semula organisasi yang sedang dilakukan mereka.

Ahli-ahli yang berada di dalam pasukan tersebut kemudiannya telah diserap ke jabatan-jabatan lain termasuklah ke dalam pasukan pembangun ROG Phone. Pengakhiran Zenfone mungkin boleh diperhatikan lebih awal melalui beberapa tindakan seperti mereka tak lagi membenarkan pengguna menyahkunci bootloader untuk memasang firmware hasilan sendiri dan juga penurunan salinan-salinan firmware Zenfone yang boleh dimuat turun daripada laman rasmi Asus.



Asus tak lagi benar bootloader Zenfone dan ROG Phone dinyahkunci

Buat pengetahuan anda, siri Zenfone adalah antara yang terakhir masih menyediakan telefon berspesifikasi flagship pada saiz kompak. Ia adalah satu-satunya telefon yang memiliki paparan kurang daripada 6” yang dilancarkan dalam tahun 2023. Selain Zenfone 10, telefon kecil lain yang berada dalam kategorinya adalah seperti iPhone 13 Mini yang sudahpun dihentikan pengluarannya oleh pihak Apple.

Asus Zenfone 10 kekal kompak kendatipun banyak naik taraf

Atas papan utama, Asus Zenfone 10 ditunjangi SoC Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaharu. SoC itu bergandingan bersama RAM 16GB LPDDR5x dan storan sehingga 512GB UFS 4.0. Membekalkan tenaga kepada segala komponen elektronik ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,300mAh dengan pengecasan 30W. Pembaharuan yang dibawakan kali ini adalah fungsi pengecasan wayarles 15W yang tiada pada generasi terdahulu.

Sumber: AndroidAuthority

Tags: asusASUS ZenFoneZenFone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tiada lagi Zenfone, Asus sedang lakukan penstrukturan semula organisasi

Tiada lagi Zenfone, Asus sedang lakukan penstrukturan semula organisasi

28 August 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN