• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Dapatkan fon putik Huawei Freebuds SE 2 pada harga RM159 dalam tempahan awal

  • OLEH Najib
  • 12:36 pm
  • 29/08/2023
  • Komen
Dapatkan fon putik Huawei Freebuds SE 2 pada harga RM159 dalam tempahan awal
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah memaklumkan bahawa mereka akan menjual fon putik mampu milik terbaru, Huawei FreeBuds SE 2 tidak lama lagi. Walaupun telah mengumumkan harga rasminya pada RM199, orang ramai boleh mendapatkannya pada harga lebih murah sebagai promosi jualan terawal.

Kini Huawei Malaysia telah mengumumkan harga jualan istimewa semasa tempahan awal. Dari 1-8 September 2023, Huawei FreeBuds SE 2 boleh dibeli pada harga RM169 sahaja. Ini diskaun sebanyak RM30 dari harga asal RM199.



Tetapi pengguna boleh mendapatkan diskaun tambahan RM10, menerusi baucar yang perlu ditebus. Menjadikan harganya cuma RM159. Baucar ini terdapat di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Ia telah tersedia untuk ditebus sekarang, sehingga 9 September 2023.

Jika anda berminat dengan fon putik murah dengan hayat bateri yang sangat panjang, anda bolehlah bersiap sedia untuk membeli Huawei FreeBuds SE 2 mulai 1 September pada harga RM159 sahaja, bersama baucar RM10.



Spesifikasi Huawei FreeBuds SE 2

Generasi kedua fon putik mampu milik Huawei ini menampilkan rupa yang berbeza. Ia tidak lagi menggunakan rekaan separa dalam telinga dengan putik getah, sebaliknya ia kini datang dengan konsep terbuka, tanpa putik getah. Putik juga disimpan secara menegak ke dalam bekas, tidak lagi secara terbaring.

Peningkatan terbesar adalah pada hayat bateri. Pada putik sahaja, ia mampu memainkan lagi sehingga 9 jam. Bersama bekas pengecas, ia boleh digunakan sehingga 40 jam. Mengecas pantas selama 10 minit di dalam bekas pengecas pula, boleh memberikan masa penggunaan 3 jam.

Sebagai fon putik mampu milik, FreeBuds SE 2 tiada penyaring hingar aktif atau ANC. Ia juga sangat ringan, dengan berat putik hanya 3.8 gram dan bekas pengecas 35.6 gram.

Fon putik ini juga boleh dihubungkan dengan peranti EMUI, Android, iOS dan banyak lagi. Sambungan Bluetooth 5.3 menjadikan sambungan ke peranti lebih mudah dan stabil.

Kawalan di putik menggunakan fungsi sentuh. Pengguna boleh mengetuk putik untuk mengawal lagu dimainkan, menjawab panggilan dan lain-lain kawalan yang boleh diubah tetapannya.

Peminat aktiviti kecergasan juga tidak perlu risau menggunakan FreeBuds SE 2 kerana ia kalis air dan debu IP54. Tidak kira berpeluh ketika di gym atau berlari di tepi pantai, ia boleh digunakan tanpa perlu memikirkan kesan sampingan air atau pasir.

Satu lagi fungsi yang ditambah dalam fon putik generasi ke-2 ini adalah kemampuan mengesan putik yang terciri. Bunyi yang kuat akan dimainkan pada putik untuk pengguna mengetahui lokasinya.

Ada dua warna pilihan untuk FreeBuds SE 2 iaitu putih dan biru. Untuk maklumat lanjut mengenai fon putik baru ini, layari laman produk Huawei FreeBuds SE 2.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Freebuds SE 2, fon putik mampu milik dengan bateri sehingga 9 jam di putik dan 40 jam bersama bekas
  • Dapatkan Huawei Freebuds 5i, fon putik ANC dengan diskaun RM60 pada 2 Februari
  • Huawei FreeBuds Lipstick, pelengkap aksesori wanita
Tags: Huaweihuawei freebudsHuawei FreeBuds SE 2
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Dapatkan fon putik Huawei Freebuds SE 2 pada harga RM159 dalam tempahan awal

Dapatkan fon putik Huawei Freebuds SE 2 pada harga RM159 dalam tempahan awal

29 August 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER