• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pascabayar Celcom Mega 80 juga dapat akses 5G percuma, tidak perlu bayar RM10

  • OLEH Najib
  • 1:36 pm
  • 29/08/2023
  • Komen
Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Agak kecoh untuk pengguna Celcom dan Digi kerana akses 5G dikenakan caj RM10 untuk pelan di bawah RM90. Ia ditambah lagi apabila CelcomDigi mengesahkan bahawa pelan RM90 ke atas akan terus nikmati akses 5G percuma, bukan sehingga 2 Oktober 2023.

Bagaimanapun, ada satu berita baik kami temui hari ini. Pengguna pascabayar Celcom Mega 80, turut menerima akses 5G percuma. Tak perlu bayar RM10.



Di laman web 5G Celcom sekarang, ia tidak menyenaraikan pelan Mega 80 langsung. Apa yang ada ialah pelan Xpax Postpaid 40 dan 60, serta pelan Mega 98, 128, 158 dan 188. Akses 5G Booster hanya percuma untuk pelan Mega 98 dan ke atas. Manakala pelan Xpax Postpaid 40 dan 60 perlu membayar RM10.

Apabila disemak dalam ruangan soalan lazim FAQ Celcom 5G, ia menyenaraikan pelanggan Celcom Mega 80 Lightning turut layak menerima akses 5G Booster percuma. Tidak perlu membayar RM10 untuk bersambung ke rangkaian 5G yang disediakan Digital Nasional Berhad (DNB).



Tetapi untuk data tambahan 4G/5G 90GB berharga RM10, pelan Celcom Mega 80 tidak pula disenaraikan. Bagaimanapun, ia boleh melanggan pas 5G Booster bersama data tambahan 60GB berharga RM10, sama seperti tawaran untuk Xpax Postpaid 60.

Untuk melanggan pas 5G Booster ini, ia boleh dibuat menerusi aplikasi Celcom Life (Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery), di bawah tab Add-Ons. Apabila diaktifkan, ia akan diperbaharui secara automatik dalam kitaran bil akan datang. Ambil maklum juga bahawa 5G Booster ini hanya untuk talian utama, ia tidak dikongsi bersama talian tambahan di bawah akaun yang sama.

Terima kasih Steven dengan tip ini!

Bacaan Berkaitan

  • Pelan CelcomDigi RM90 ke atas akan terus nikmati akses 5G percuma sehingga diberitahu sebaliknya
  • Pengguna pelan RM90 ke atas di Celcom & Digi mungkin perlu bayar akses 5G mulai Oktober
  • Akses 5G percuma CelcomDigi dilanjut sebulan lagi, lancar pas 5G Booster dengan kuota tambahan
Tags: 5g malaysiacelcomcelcom megaCelcom Mega 80
Najib

Najib

POPULAR

Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022

Pascabayar Celcom Mega 80 juga dapat akses 5G percuma, tidak perlu bayar RM10

29 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER