• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej 5G Rahmah: Celcom tawar data 60GB serta YouTube & Sosial tanpa had, telefon 5G serendah RM119

  • OLEH Najib
  • 9:43 pm
  • 01/09/2023
  • Komen
Pakej 5G Rahmah: Celcom tawar data 60GB serta YouTube & Sosial tanpa had, telefon 5G serendah RM119
Share on FacebookShare on Twitter

Pakej 5G Rahmah yang diumumkan kerajaan, disambut baik oleh telco-telco utama di Malaysia. Di Celcom, mereka menawarkan pelan dengan standard asas tetapi menyediakan telefon pintar 5G yang lebih murah.

Untuk Pakej 5G Rahmah, Celcom menyediakan pelan khas pascabayar berasaskan Xpax Postpaid 60 dengan tawaran lebih baik. Pelanggan hanya perlu membayar harga pelan RM60/bulan dan akan menerima 60GB data, bersama data YouTube dan Sosial (Facebok, Instagram) tanpa had, serta panggilan tanpa had. Tak lupa juga akses kepada 5G.



Tetapi apa yang lebih menarik untuk pelanggan daripada Celcom, adalah harga telefon pintar 5G. Sama seperti pengumuman kerajaan, telefon ini dijual bersama kontrak pelan 24-bulan serta diberi jaminan 2-tahun. Terdapat dua model yang disediakan daripada Samsung dan Honor dengan harga berikut:

  • Samsung Galaxy A14 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM119
  • Honor 90 Lite 5G (RAM 8GB + Storan 1256GB) – RM239

Untuk Honor, ia harga yang serupa ditawarkan oleh telco lain. Tetapi telefon Samsung di Celcom jauh lebih murah, separuh daripada harga telefon asas oleh kerajaan. Dalam hal ini, pengguna boleh memilih untuk storan lebih besar di Honor 90 Lite pada harga RM239, atau cukup dengan 128GB di Samsung dengan separuh harga.



Khas untuk golongan B40, 100,000 pendaftaran pertama layak untuk mendapatkan subsidi tambahan RM120 untuk pembelian telefon 5G. Di Celcom, golongan B40 boleh mendapatkan Galaxy A14 5G secara percuma menerusi Pakej 5G Rahmah, atau membayar RM119 sahaja untuk Honor 90 Lite 5G selepas ditolak subsidi kerajaan.

Pelanggan yang berminat dengan tawaran Celcom, boleh melanggan Pakej 5G Rahmah mulai 1 September sehingga 31 Disember 2023 di cawangan Celcom BlueCube dan Digi Store berhampiran. Atau rujuk laman web Pakej 5G Rahmah di Celcom atau Digi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah: Maxis beri rebat RM10 untuk pelan Hotlink dan perayauan data 3 negara
  • Pakej 5G Rahmah: U Mobile beri 200GB data dan perayauan percuma di 3 negara dengan pelan RM58/bulan
  • Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma
  • Pakej 5G Rahmah: Yes tawar pelan RM35 dengan 100GB data dan telefon 5G berbeza
Tags: celcompakej 5g rahmahxpaxXpax Postpaid 60
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pakej 5G Rahmah: Celcom tawar data 60GB serta YouTube & Sosial tanpa had, telefon 5G serendah RM119

Pakej 5G Rahmah: Celcom tawar data 60GB serta YouTube & Sosial tanpa had, telefon 5G serendah RM119

1 September 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER