• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Pad 2 miliki skrin lebih besar, lebih nipis dan mengecas lebih pantas

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 01/09/2023
  • Komen
Realme Pad 2 miliki skrin lebih besar, lebih nipis dan mengecas lebih pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila Realme melancarkan tablet pertama mereka, Realme Pad pada dua tahun lepas, ia menjadi salah satu tablet mampu milik yang menyokong internet mudah alih 4G LTE. Kini Realme memperbaharui model ini dan melancarkan tablet generasi ke-2, Realme Pad 2.

Selain prestasi lebih tinggi menggunakan cip lebih berkuasa, Realme Pad 2 turut menampilkan pembaharuan dari segi skrin, bateri dan kuasa mengecas.



Harga dan Promosi Realme Pad 2

Realme menawarkan dua varian tablet baru ini untuk pasaran Malaysia, dengan harga rasmi seperti berikut:

  • Realme Pad 2 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM1,299
  • Realme Pad 2 (RAM 8GB + storan 256GB) – RM1,499

Kedua-duanya menyokong WiFi dan rangkaian 4G LTE untuk sambungan internet mudah alih. Orang ramai boleh mendapatkan tablet terbaru ini mulai 31 Ogos 2023 dari pengedar sah Realme, serta saluran atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok.



Khas untuk pembeli terawal, mereka juga akan menerima hadiah percuma berupa sarung kulit, papan kekunci dan penyangga tablet. Hadiah percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Pada harga sebegini, saingan Realme Pad 2 untuk tablet 4G LTE adalah Honor Pad X9 yang baru dilancar bulan Julai pada harga RM1,099. Selain itu, terdapat juga tablet Xiaomi Pad 6 berharga dari RM1,299 dengan prestasi flagship tetapi tiada sokongan 4G LTE.

Spesifikasi Realme Pad 2

Kuasa Realme Pad 2 dinaik taraf menggunakan cip Mediatek Helio G99 yang menyokong rangkaian 4G LTE, bersama RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Tiada slot kad mikroSD disediakan, tetapi RAM boleh ditambah secara maya.

Skrinnya kini lebih besar, seluas 11.5-inci dengan bingkai lebih nipis yang memberikan nisbah skrin ke badan sebanyak 85.2%, berbanding 82.5% di Realme Pad. Ia masih menggunakan LCD, dengan resolusi HD Penuh, kadar penyegaran 120Hz serta kecerahan tertinggi 450 nits. Bingkai di atas skrin menempatkan kamera hadapan dan di belakang ia dilengkapi kamera AI 8MP.

Kapasiti bateri juga lebih besar, kini menjadi 8,360mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W menerusi USB-C, mengambil masa 50 minit untuk mengecas dari 1% ke 50%.

Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi empat pembesar suara di kiri dan kanan tablet. jek audio tidak lagi terdapat pada Realme Pad 2.

Sistem operasi Realme UI 4 berasaskan Android 13 digunakan oleh Realme Pad 2. Ia menyokong pelbagai fungsi khas tablet seperti dwi-tetingkap, tetingkap terapung, pintasan pintar sisi, serta sokongan bersama telefon seperti pendua skrin.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme Pad 2 iaitu hijau dan kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme Pad 2.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 11 5G, calon telefon 5G Rahmah dengan kamera 108MP dan pengecas 67W sebagai tarikan
  • Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799
  • [REVIU] Realme Pad, harga murah & fungsi baik, tapi kurang lengkap produktiviti
Tags: RealmeRealme Pad 2tablet
Najib

Najib

POPULAR

Realme Pad 2 miliki skrin lebih besar, lebih nipis dan mengecas lebih pantas

Realme Pad 2 miliki skrin lebih besar, lebih nipis dan mengecas lebih pantas

1 September 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN