• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony A7C R: 61MP full-frame dalam badan kompak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:06 pm
  • 03/09/2023
  • Komen
Sony A7C R: 61MP full-frame dalam badan kompak
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengemas kini barisan kamera kompak full-frame mereka dengan pelancaran siri baharu dalam keluarga A7C iaitu Sony A7C R.

Secara asasnya, ia adalah sebuah A7R dalam badan kompak A7C. Untuk perspektif, ia 53% lebih kecil dan 29% lebih ringan barbanding A7R IV sedia ada dalam pasaran. Untuk memungkinkan fizikaliti sebegitu kompak, berapa kompromi harus dilakukan.



Sebelum itu, komponen yang menjadi tunjang kepada A7C R adalah sensor CMOS 61MP full-frame. Seperti yang dikatakan tadi, ini adalah sensor sama yang boleh anda temukan pada A7R IV. Isyarat daripada sensor ini diperoses oleh cip pemproses imej Bionz XR bersama-sama dengan satu cip sekunder khas untuk mendukung bebanan pemerosesan algoritma AI yang katanya memberikan prestasi membidik fokus terbaik dalam kelasnya.

Badan A7C R sangat mirip kepada A7C II. Ia berkongsi sistem membidik fokus yang sama. Terdapat titik fokus yang menyelaputi kira-kira 79% daripada permukaan sensor untuk bantu anda mencari fokus dengan pantas. Ciri-ciri yang dilaporkan ada pada A7C II, ada antaranya dimasukkan pada A7C R seperti Auto Tracking.



Spesifikasi penstabili imej dalam badan (IBIS) juga dilapor sama seperti A7C II. Berdasarkan helaian spesifikasi, A7C R mempunyai penstabil imej 5 paksi sehingga 7 stop dengan lensa yang sesuai. Lagi yang sama adalah komponen-komponen seperti skrin utama di bahagian belakang yang bersaiz 3” dan panel OLED pada EVF mengandugi 2.36 juta bintil.

Berbekalkan sensor 61MP, sudah tentu kamera ini difokuskan pada pengguna yang fokusnya mengambil gambar. Kamera ini mampu melakukan tangkapan selanjar sehingga 8 bingkai sesaat dengan fungsi autofokus terpasang. Ia sedikit rendah berbanding angka 10 bingkai sesaat pada A7R IV, tapi ia masih sesuatu yang mengagumkan.

Kamera ini menawarkan sejumlah port I/O yang boleh dimanfaatkan. Ia ada port mikro-HDMI, 2 jek 3.5mm untuk mikrofon dan earfon, penyambung proprietari Sony, dan port USB-C untuk perpindahan data serta mengecas.

Bateri yang digunakan pada model ini sama seperti semua model A7C lain. Bateri NP-FZ100 pada kamera ini memiliki piawaian CIPA pada paras 165 minit untuk rakaman video dan 560 syot untuk gambar pegun. Salah satu kekurangan ketara siri A7C adalah ia tiadak slot kad memori berkembar dan viewfinder digital yang lebih rendah resolusi berbanding siri A7.

Memandangkan ini adalah siri baharu, kita tiada model generasi sebelumnya untuk dibandingkan harga. Dalam pasaran A.S, Sony A7C R dijual pada harga bermula USD3,000 (RM13,942).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Sony A7C II: Kini dengan sistem pembidik fokus bertunjangkan AI

Tags: full-framekameraSonysony a7c r
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Sony A7C R: 61MP full-frame dalam badan kompak

Sony A7C R: 61MP full-frame dalam badan kompak

3 September 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER