• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAS benar bawa makanan sendiri dalam pesawat dek isu dengan Brahim’s Food Services

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:36 am
  • 04/09/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita hangat dalam dunia penerbangan tempatan adalah tentang Malaysia Airlines menamatkan kontrak pembekalan makanan dengan Brahim’s Food Sevices dan bertukar pembekal kepada 6 kontraktor tempatan lain. Yang tidak menyenangkan adalah perubahan itu tidaklah licin kerana dilapor 80% daripada penerbangan mereka mengalami kelewatan dek perubahan ini.

Sumber

Maka dengan sebab itu, mereka kini sedang mengambil langkah pembendungan sewajarnya untuk menangani masalah tersebut.



Berdasarkan laman rasmi Malaysia Airlines, mereka telah melakukan perubahan terhadap polisi makanan dalam penerbangan mereka. Menurut laman FAQ soalan ke-8, penumpang dibenarkan untuk membawa makanan sendiri ke dalam penerbangan namun tertakluk kepada peraturan keselamatan sedia ada. Misalnya sebarang cecair, gel, dan aerosol tidak melebihi 100ml.

Dua jenis makanan yang tidak dibenarkan adalah yang mengandungi elemen self-heating (pemanasan sendiri) dan juga makanan tidak halal. Polisi ini telah berkuat kuasa sejak 1 September 2023 dulu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.



Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Airlines pada 1 September 2023, mereka mengakui yang perubahan ini tidak selicin yang dijangka dan yakin ia akan diselesaikan dalam masa beberapa hari ini.

Untuk maklumat anda, Brahim’s Food Services telah menjadi kontraktor pembekal makanan dalam penerbangan untuk beberapa laluan Malaysia Airlines sejak 1997 dan menamatan kontrak ini salah satunya terjadi apabila pihak Malaysia Airlines tidak bersetuju dengan satu klaus yang perlu mereka masukkan dalam kontrak pembekalan.

Sumber: Malaysia Airlines, TheEdgeMalaysia, NST

Bacaan berkaitan

Pesawat Boeing 737-8 baru milik Malaysia Airlines akan tiba mulai Ogos 2023

Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines

MHflyPass ASEAN, pas terbang murah Malaysia Airlines di Asia Tenggara tanpa sekatan tarikh dan pelbagai keutamaan

Tags: Malaysia AirlinesMAS
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MAS benar bawa makanan sendiri dalam pesawat dek isu dengan Brahim’s Food Services

4 September 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN