• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoPro Hero 12 Black dilancar, ia boleh terima audio daripada mikrofon Airpods

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:47 pm
  • 06/09/2023
  • Komen
GoPro Hero 12 Black dilancar, ia boleh terima audio daripada mikrofon Airpods
Share on FacebookShare on Twitter

Pelopor segmen kamera aksi, GoPro, hari ini memperkenalkan model baharu kamera tahan lasak mereka iaitu GoPro Hero 12 Black. Sekiranya anda bayangkan naik taraf saujana daripada segi komponen, ini mungkin berita kurang menarik.

Hero 12 Black masih mengekalkan sebahagian komponen daripada Hero 11 Black seperti SoC GP2 yang sama, lensa yang sama sertai bukaan apertur F2.5 yang sama. Malah, ada komponen yang dibuang iaitu GPS. Ya, tiada lagi data telemetri untuk anda masukkan odometer ke dalam video anda.



Walau bagaimanapun, Hero 12 Black didapati membawakan pelbagai naik taraf daripada segi quality of life. Bolehlah dikatakan yang GoPro memilih jalan evolusi berbanding revolusi. Perubahan yang boleh anda cerap adalah kehadiran lubang skru 1/4” iaitu saiz piawai tripod kamera biasa. Sebelum ini, anda perlukan penyesuai khas sekiranya ingin tambat kamera pada tripod.

Paparan LCD masih kekal pada saiz 2.27” di bahagian belakang. Panel paparan di belakang peka sentuhan tapi panel paparan LCD 1.4” di bahagian depan tidak peka sentuhan. Seperti biasa, kamera aksi ini kalis air sehingga 10 meter tampa perlukan sarung khas.



Daripada segi rakaman video dan gambar, GoPro membawakan fungsi rakaman HDR. Makanya, anda beroleh julat dinamik yang lebih luas pada sampel video dan gambar. Tak cukup dengan itu, GoPro turut memperkenalkan GP-LOG 10-bit yang berikan kefleksibelan yang lebih luas sewaktu post-production.

Pilihan resolusi rakaman kekal sama pada pilihan seperti 5.3K60, 2.7K120, dan 1080p240.

Salah satu perubahan signifikan Hero 12 Black adalah ia kini boleh menerima audio daripada mikrofon Bluetooth. Sekiranya anda miliki Apple Airpods ataupun apa-apa fon putik yang ada mikrofon, anda boleh sambungkannya kepada GoPro untuk tambah audio kepada video anda.

Bersama-sama dengan Hero 12 Black, GoPro turut melancarkan Max Lens Mod 2.0. Perubahan yang dibawakannya adalah seperti dua kali lebih kalis calar dan lapisan hidrofobik. Dengan Max Lens Mod 2.0, Hero 12 Black boleh perluaskan sudut pandang sehingga 177 darjah dalam format 4K60. Max Lens Mod 2.0 boleh digunakan pada Hero 9, 10, dan 11.

GoPro katakan turut menambah baik kawal selia bateri kamera. Kamera aksi mereka kini ada bateri 2x lebih panjang hayat bateri berbanding Hero 11 Black walaupun gunakan bateri Enduro 1,720mAh yang sama.

GoPro Hero 12 Black dijual pada harga bermula USD400, harga yang sama sewaktu Hero 11 Black dilancarkan dulu.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: GoProgopro herogopro hero 12 black
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
GoPro Hero 12 Black dilancar, ia boleh terima audio daripada mikrofon Airpods

GoPro Hero 12 Black dilancar, ia boleh terima audio daripada mikrofon Airpods

6 September 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER