• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X6a telefon murah mewah bawah RM600, lengkap dengan bateri besar dan pengecas pantas

  • OLEH Najib
  • 1:38 pm
  • 06/09/2023
  • Komen
Honor X6a telefon murah mewah bawah RM600, lengkap dengan bateri besar dan pengecas pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan dua telefon pintar yang dikatakan mewah tetapi dengan harga yang sangat murah, iaitu Honor X6a dan Honor X5 Plus. Mewah padanya merujuk kepada rupa premium yang ditampilkan pada luar badan telefon, bukannya spesifikasi.

Harga dan Ketersediaan

Telefon pintar Honor X6a telah mula dijual di Malaysia sekarang dengan satu pilihan varian berharga:



  • Honor X6a (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM599

Ia boleh dibeli dari semua pengedar sah Honor di Malaysia, serta atas talian di Stor Online HiHonor dan juga di Lazada dan Shopee. Tiada promosi jualan awal dinyatakan.

Spesifikasi Honor X6a

Kuasa kelas permulaan boleh dijangkakan untuk Honor X6a kerana ia menggunakan cip Mediatek Helio G36. Walaupun begitu, RAM yang diberi agak besar sebanyak 6GB. Manakala storan dalamannya seluas 128GB. Slot mikroSD tersedia untuk storan tambahan.



Skrin LCD pada Honor X6a agak besar, seluas 6.56-inci tetapi resolusi HD (1612×720) sahaja. Ia ada kadar penyegaran 90Hz serta takuk kecil titisan air di atas, memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2 di dalamnya.

Di belakang, terdapat 4 bulatan di modul kamera dengan salah satu darinya adalah LED Flash. Tiga lagi bulatan menempatkan kamera utama 50MP F1.8, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera ini mampu merakam video sehingga HD Penuh (1920×1080).

Salah satu tarikan utama pada Honor X6a adalah kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 5,200mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 22.5W menerusi sambungan USB-C.

Sistem bunyi hanya mono, menggunakan speaker di bawah telefon. Ia juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari terdapat pada butang kuasa di sisi.

Honor X6a menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13. Ia diberikan dua pilihan warna, antara perak dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor X6a.

Bacaan Berkaitan

  • [REVIU] Honor Pad X9 LTE: Tablet 11.5″ paling murah dengan 4G, masih tiada stylus
  • Honor 90 Lite: Dilengkapi kamera 100MP dan skrin 90Hz pada harga sekitar RM1,000
  • Honor 90 5G: Miliki cip Snapdragon 7 Gen 1 paling laju dan kamera 200MP
Tags: honorHonor X6aTelefon Murahtelefon pintar
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6a telefon murah mewah bawah RM600, lengkap dengan bateri besar dan pengecas pantas

Honor X6a telefon murah mewah bawah RM600, lengkap dengan bateri besar dan pengecas pantas

6 September 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER