• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Xiaomi TV A dilancar, diperkasa Google TV terbaru dan ada Xiaomi TV+

  • OLEH Najib
  • 7:29 pm
  • 07/09/2023
  • Komen
Siri Xiaomi TV A dilancar, diperkasa Google TV terbaru dan ada Xiaomi TV+
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di pameran Xiaomi Smart Living Showcase di Sunway Pyramid, Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan dua barisan TV pintar yang baru, iaitu siri Xiaomi TV A dan siri Xiaomi TV A Pro. Siri Xiaomi TV A merupakan pengganti kepada siri Xiaomi TV A2, kini dikuasakan sistem operasi terbaru Google TV.

Harga dan Promosi Jualan Awal

Orang ramai yang berminat dengan TV baru Xiaomi, boleh melihat sendiri dengan lebih dekat di pameran Xiaomi Smart Living Showcase di Sunway Pyramid, yang berlangsung dari 7 hingga 10 September 2023. Harga rasmi untuk siri Xiaomi TV A di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Xiaomi TV A 43″ – RM1,199
  • Xiaomi TV A 55″ – RM1,999

Jualan untuk siri Xiaomi TV A pula akan bermula pada 9 September 2023, khas di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada sahaja. Untuk 1 hari sahaja, pembeli boleh mendapatkan harga istimewa untuk TV ini iaitu:

  • Xiaomi TV A 43″ – RM1,199 RM899
  • Xiaomi TV A 55″ – RM1,999 RM1,499

Satu lagi model iaitu 32-inci akan diumum di kemudian hari. Semua TV pintar Xiaomi datang dengan jaminan selama 2-tahun.



Spesifikasi Xiaomi TV A 43″

Siri Xiaomi TV A datang dalam rekaan bingkai sangat nipis, diperbuat daripada besi. Untuk model ini, ia mempunyai keluasan skrin 43-inci dengan resolusi HD Penuh (1920×1080) dan kadar penyegaran 60Hz.

Penggerak utama TV pintar ini adalah pemproses Cortex-A55 4-teras, dengan GPU Mali G31 MP2. Ia disertakan RAM sebanyak 1.5GB dan storan dalaman 8GB. Sistem bunyi diuruskan oleh dua speaker stereo, masing-masing berkuasa 10W dengan sokongan teknologi Dolby Audio, DTS-X dan DTS Virtual:X.

Sistem operasi terbaru, Google TV dengan sokongan Google Voice Assistant digunakan pada Xiaomi TV A. Ia mempunyai antaramuka baharu, yang memberi cadangan untuk kandungan tontonan diperibadikan untuk pengguna. Ia juga menyokong sambungan Chromecast dan Miracast. Xiaomi turut memasang siap perisian Xiaomi TV+, yang memberikan saluran TV antarabangsa untuk ditonton tanpa bayaran tambahan.

Alat kawalan jauh Bluetooth disertakan bersama, menyokong kawalan pelbagai arah 360-darjah. Terdapat butang pantas aplikasi padanya iaitu Netflix, Prime Video, YouTube dan Xiaomi TV+. Arahan suara juga boleh diberi menerusi alat kawalan ini.

Untuk sambungan, Xiaomi TV A 43″ hari dengan 2x HDMI, 2x USB-A, 1x LAN, 1x AV Composite dan 1 jek audio 3.5mm. Ia juag menyokong antena digital DVB-T/T2. Untuk internet, ia boleh bersambung ke WiFi 2.4GHz/5GHz. Sokongan Bluetooth 5.0 turut disertakan.

Spesifikasi Xiaomi TV A 55″

Walaupun dalam siri yang sama, ada banyak perbezaan untuk model 55-inci selain saiz skrin. Persamaan adalah dari segi perisian seperti Google TV terbaru dan juga Xiaomi TV+. Alat kawalannya juga serupa dan ada dua speaker stereo 10W.

Skrin yang lebih luas 55-inci padanya memiliki resolusi 4K UHD (2840×2160) dengan kadar penyegaran 60Hz. Ia juga menyokong teknologi MEMC 60Hz untuk menjadikan kadar penyegaran yang lancar seperti 60Hz untuk semua kandungan, serta High Dynamic Range (HDR).

TV 55-inci ini memiliki pemproses yang sama iaitu Cortex-A55 4-teras, tetapi dengan GPU lebih berkuasa, Mali G52 MC1 serta RAM lebih besar sebanyak 2GB. Storan dalamannya serupa, seluas 8GB.

Sambungan Wifi 2.4Ghz/5Ghz disokong pada tv 55-inci, masih tiada WiFi 6. Manakala antena digital menerima sambungan DVB-T/T2 dan DVB/S/S2. Bagi sambungan berwayar, ia ada tiga port HDMI, salah satu darinya menyokong eARC. Sambungan audio lebih baik juga ada menerusi port digital audio optikal.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Xiaomi TV A.

Tags: google tvTV pintarxiaomiXiaomi TV AXiaomi TV A 43Xiaomi TV A 55
Najib

Najib

POPULAR

Siri Xiaomi TV A dilancar, diperkasa Google TV terbaru dan ada Xiaomi TV+

Siri Xiaomi TV A dilancar, diperkasa Google TV terbaru dan ada Xiaomi TV+

7 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER