• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SSD Samsung 990 Pro kini ditawar dalam 4TB, kelajuan sehingga 7.45GB/s

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:59 am
  • 11/09/2023
  • Komen
SSD Samsung 990 Pro kini ditawar dalam 4TB, kelajuan sehingga 7.45GB/s
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengumumkan penyertaan model baharu dalam keluarga SSD 990 Pro mereka. Siri 990 Pro, untuk makluman anda adalah siri SSD flagship dalam penawaran Samsung. Sebelum ini ia ditawarkan dalam kapasiti 1TB dan 2TB. Pengguna kini boleh turut dapatkannya dalam kapasiti 4GB.

Siri SSD Samsung 990 Pro direka untuk prestasi dan ia dibangunkan berasaskan teknologi V-NAND beserta cip pengawal proprietari hasilan Samsung sendiri. Samsung 990 PRO 4TB katanya mampu memberikan prestasi sequential read pada paras 7,450MB/s manakala prestasi merekod pada paras 6,900MB/s. Ia juga dikatakan memiliki prestasi bacaan rawak terbaik dalam kelasnya uauitu 1600K IOPS, sesuai untuk tugasan 3D ataupun penyuntingan video berat 4K dan ke atas.



Untuk siri 990 Pro, Samsung mengatakan yang ia 50% lebih cekap tenaga berbanding 980 Pro sebelum ini. Ia turut menampilkan cip pengawal bersalut nikel dan komponen penyerak haba yang lebih berkesan untuk memastikan SSD beroperasi pada tahap paling optimum.

SSD Samsung 990 Pro 4TB boleh didapatkan dalam bentuk M.2 dan pengguna boleh manfaatkan perisian Samsung Magician untuk mengemas kini firmware dan melihat tahap kesihatan SSD mereka. Pengguna di Malaysia boleh mula dapatkan produk ini seawal November 2023.



Menerusi carian rawak, versi 1TB boleh didapati dalam harga sekitar RM500 manakala versi 2TB dalam harga sekitar RM700.

Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan

Slot SSD M.2 PS5 kini aktif, anda boleh perluaskan storan konsol sekarang

[PROMO 8.8] Jimat RM1400 untuk Samsung Galaxy S23 Ultra hari ini

Tags: samsungSamsung 990 ProSSD
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
SSD Samsung 990 Pro kini ditawar dalam 4TB, kelajuan sehingga 7.45GB/s

SSD Samsung 990 Pro kini ditawar dalam 4TB, kelajuan sehingga 7.45GB/s

11 September 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN