• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iOS 17 bakal tersedia untuk orang ramai pada 18 September, tidak untuk iPhone 8 & iPhone X

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:47 pm
  • 13/09/2023
  • Komen
iOS 17 & iPadOS 17 dikhabarkan tidak sokong model iPhone 8, iPhone X serta beberapa iPad
Share on FacebookShare on Twitter

Apple baru sahaja melabuhkan tirai untuk majlis pelancaran besar-besaran mereka yang dinamakan Wonderlust. Di acara tersebut, Apple telah melancarkan beberpa peranti baru terutamanya barisan iPhone 15, serta Apple Watch 9 dan Watch Ultra 2.

Sehubungan itu, Apple telah mengesahkan sistem operasi iOS 17 akan mula dikeluarkan untuk khalayak ramai pada 18 September 2023. Apple juga mendedahkan iOS 17 akan diperkenal bersama mod audio baharu yang dipanggil Adaptive Audio khas untuk AirPods Pro 2 USB-C yang baru dilancar.



Pertama kali diperkenal di WWDC pada Jun lalu, iOS 17 akan membawakan banyak fitur baharu bagi menaik taraf pengalaman pengguna termasuk di aplikasi panggilan, FaceTime, iMessage dan banyak lagi.

Sungguhpun begitu, iOS 17 bukanlah sesuatu perkara baru kerana Apple telah pun mengeluarkan versi betanya pada Julai lalu. Tetapi tidak lama lagi, semua pengguna akhirnya bakal dapat menggunakan fitur baharu yang diperkenalkan pada iOS 17.



Selain barisan iPhone 15 terbaru, iPhone yang akan menyokong iOS 17 adalah seperti berikut:

  • iPhone 14
  • iPhone 14 Plus
  • iPhone 14 Pro
  • iPhone 14 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone SE (generasi ke-2 atau lebih baru)

Ini bermakna iPhone yang disingkirkan daripada terima iOS 17 terbaru ini adalah iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. iPhone yang dilancar pada tahun 2018 iaitu iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max adalah yang terakhir untuk menyokong OS ini.

Antara ciri terbaru menarik yang ada pada iOS 17 adalah Contact Poster. Ia membolehkan anda mengbahsuai gambar kenalan yang akan keluar apabila menerima panggilan. Jika panggilan tidak diangkat, ciri Live Voicemail akan mengubah mesej suara kepada bentuk teks.

Fungsi AirDrop juga telah dipertingkatkan di iOS 17 menerusi NameDrop yang mana membenarkan pengguna berkongsi maklumat peribadi dengan hanya mendekatkan kedua iPhone. Siri boleh dipanggil dengan lebih mudah dengan hanya menyebut “Siri” dan bukannya “Hey Siri”.

Di iOS 17, iPhone boleh diubah kepada paparan sentiasa hidup ketika mengecas menerusi “StandBy”, satu ciri seperti always-on-display di iPhone 14 Pro. Dalam kedudukan melintang, ia boleh menunjukkan jam, widget, kalendar dan banyak lagi. Aplikasi IMessage akan ditambah ciri keselamatan iaitu Check In, yang mana ia akan memaklumkan keluarga atau kawan terdekat anda tiba di destinasi dengan selamat.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Apple berkenaan iOS 17 di sini.

Tags: appleapple iphoneiOSios 17iphone
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iOS 17 & iPadOS 17 dikhabarkan tidak sokong model iPhone 8, iPhone X serta beberapa iPad

iOS 17 bakal tersedia untuk orang ramai pada 18 September, tidak untuk iPhone 8 & iPhone X

13 September 2023
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN