• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Flip Town akan tiba di Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru, boleh pandu uji kamera Galaxy Z Flip 5

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 14/09/2023
  • Komen
Samsung Flip Town akan tiba di Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru, boleh pandu uji kamera Galaxy Z Flip 5
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Flip Town sebelum ini telah diadakan di Kuala Lumpur. Selepas ini, ia akan terbang ke Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru. Pengujung akan boleh menyertai kemeriahan yang dibawa Flip Town, di samping menguji sendiri telefon lipat terbaru Samsung iaitu Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5.

Bermula dengan Pulau Pinang, Samsung Flip Town akan diadakan Di Hin Bus Depot pada hujung minggu ini iaitu 15 hingga 17 September 2023. Seterusnya ia akan ke Jalan Tan Cheng Lock, Melaka dari 22 hingga 24 September 2023. Kemudian, warga Johor boleh singgah ke Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru antara 29 September hingga 1 Oktober 2023 untuk menyertai acara Samsung Flip Town.



Antara perkara menarik yang disediakan di Samsung Flip Town adalah Flex360 Bus. Ia menyediakan Reruai Gambar 360 dan ruang rehat di tingkat atas bus yang sangat menarik untuk bergambar. Samsung turut menyediakan Galaxy Z Flip 5 gergasi dan angkawasan galaxy Space untuk menyerikan lagi gambar pengunjung. Terdapat juga ruangan mural yang memperlihatkan lukisan oleh artis tempatan.

Paling penting, pengunjung yang hadir harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan Kad Misi. Kumpul cop menerusi pelbagai misi yang tersedia di Samsung Flip Town untuk menebus hadiah percuma. Antaranya cenderahati dari pelbagai jenama yang bekerjasama seperti Chuck’s, Dmeow, Pestle & Mortar Clothing serta Nazifi Nasri.



Berita baik untuk pemilik Galaxy Z Flip 5 pula, mereka boleh menebus sarung telefon khas secara percuma di Samsung Flip Town.

Selain bergambar, pengunjung turut boleh menyertai bengkel kraftangan yang melatih pengguna cara untuk menghasilkan tali strap telefon, atau belajar mengedit video menggunakan LumaFusion. Samsung Flip Town juga menyediakan ruangan pasar pop-up dan persembahan bank untuk memeriahkan lagi acara.

Untuk maklumat terkini tentang Samsung Flip Town, layari media sosial rasmi Samsung Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok dan X (Twitter).

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Singgah ke Flip Town untuk uji kehebatan kamera Galaxy Z Flip bersama kopi percuma
  • Anda boleh jalankan semua aplikasi di skrin luar Galaxy Z Flip 5 dengan cara ini
  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Galaxy Z Flip 5 dan Z Fold 5: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia
Tags: Flip TownGalaxy Z Flip 5samsungSamsung Galaxy Z Flip 5
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Samsung Flip Town akan tiba di Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru, boleh pandu uji kamera Galaxy Z Flip 5

Samsung Flip Town akan tiba di Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru, boleh pandu uji kamera Galaxy Z Flip 5

14 September 2023
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Siri Samsung Galaxy Tab S12 Malaysia: Cip Dimensity 9500 & diskaun pelajar sehingga 20%

Siri Samsung Galaxy Tab S12 Malaysia: Cip Dimensity 9500 & diskaun pelajar sehingga 20%

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN