• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Usyar iPhone 15? Usyar juga gajet ini untuk manfaatkan port USB-C padanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:01 pm
  • 14/09/2023
  • Komen
Usyar iPhone 15? Usyar juga gajet ini untuk manfaatkan port USB-C padanya
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu di awal pengenalan telefon pintar, storan dalaman yang dimiliki sangat terhad. Contohnya, Nexus One (2010), nenek moyang siri Google Pixel cuma ada 512MB (0.512GB!) sahaja dan ia ada slot mikro-SD yang sokong kad sehingga 4GB. Google Pixel kini ada sehingga 256GB dan tak lagi sediakan slot mikro-SD.

Google Nexus One

256GB tidaklah besar jika diambil kira kegilaan pengguna masa ini merakamkam memori dalam bentuk audio dan visual. Oleh sebab itu pengguna biasanya menggunakan sama ada storan awan ataupun storan luaran untuk melegakan storan dalaman peranti mereka, baik telefon ataupun komputer.



Storan luaran yang menggunakan sambungan USB adalah solusi yang sangat popular kerana sedia disokong oleh banyak peranti lantas jadikan proses berkongsi data rentas platform menjadi sangat mudah.

Dalam tahun 2023 ini, storan luaran yang boleh anda dapati dalam pasaran bukan sahaja mengagumkan daripada segi saiz fizikal malahan kapasiti yang ditawarkannya juga.



Cuba bayangkan anda bawa data berjumlah Terabait (TB) dalam storan SSD yang bersaiz lebih kecil daripada kad kredit. Evolusi ini bermakna anda boleh bawa data penting dan peribadi anda bersama-sama walau di mana sahaja.

Anda dah dengar tentang iPhone 15? Kalau belum, Apple kini telah menyisihkan penyambung Lightning untuk ditukar kepada penyambung USB-C yang sarwajagat. Berita ini sangat menarik kerana ia lantas memperkukuh sebab kenapa anda perlu ada sekurang-kurangnya satu storan luaran SSD untuk mudahkan perkongsian data antara pelbagai gajet anda.

Cuba bayangkan anda seorang pencipta kandungan video. Anda rakam video menggunakan lebih daripada satu telefon dan editnya di tablet. Anda tentunya ingin menghimpunkan semua bahan-bahan suntingan dalam satu tempat dan SSD luaran adalah jawapannya.

SSD masa ini mempunyai kelajuan komunikasi cukup pantas sehinggakan anda boleh terus gunakan bahan di dalam SSD dalam penyuntingan, tak perlu pun nak pindahkan ke storan dalaman terlebih dahulu.

Untuk makluman anda, SSD yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah Kingston XS1000 SSD. Ia adalah produk terbaharu Kingston dalam solusi storan SSD mereka.

Melalui ujian kelajuan menggunakan perisian Disk Speed Test daripada BlackMagicDesign menunjukkan kemampuannya untuk menampung proses penyuntingan video beresolusi sehingga 12K terus daripada storan tanpa masalah.

Produk ini bersaiz 69.54 mm x 32.58 mm x 13.5 mm, lebih kecil berbanding kad nama saya ini dan jisimnya cuma 28.7g. Anda boleh muatkannya dalam bag bersama-sama dengan gajet elektronik anda yang lain.

Sungguhpun solusi storan awan nampak sangat praktikal untuk digunakan, perlu diingatkan yang anda perlu senantiasa berhubung dengan Internet untuk mengakses data anda. Bukan sahaja anda perlu ambil kira kos data, malahan yuran langganan storan awan juga.

Berikut adalah dua contoh besar solusi storan awan untuk dua platform terkenal.

Apple iCloud+

  • 50GB – RM3.90/bulan
  • 200GB – RM11.90/bulan
  • 2TB – RM44.90/bulan

Google One

  • 100GB – RM8.49/bulan
  • 200GB – RM11.99/bulan
  • 2TB – RM42.99/bulan

Sebagai perbandingan, Kingston XS1000 ditawarkan dalam dua kapasiti iaitu 1TB dan 2TB. Varian itu masing-masing boleh dibeli pada harga RM343 dan RM598.

Beli Kingston XS1000 di Lazada

Beli Kingston XS1000 di Shopee

Sekiranya anda dapatkan varian 2TB, kosnya adalah kurang daripada 14 bulan langganan storan awan. Selepas itu, anda boleh gunakannya tanpa sebarang kos. Jangan lupa yang mengakses data di awan menggunakan kuota Internet mudah alih anda.

Sementara storan awan ada kelebihannya yang tersendiri daripada segi akses yang lebih mudah untuk fail kecil seperti gambar, nota, dan dokumen berteks, fail yang lebih besar seperti kandungan multimedia audio visual lebih baik dan stabil diakses menggunakan sambungan fizikal seperti kabel USB.

Tags: Kingstonkingston xs1000SSD
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Usyar iPhone 15? Usyar juga gajet ini untuk manfaatkan port USB-C padanya

Usyar iPhone 15? Usyar juga gajet ini untuk manfaatkan port USB-C padanya

14 September 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

16 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER