[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]
Hari yang bagus bermula daripada bangun tidur. Bagaimana perasaan anda sewaktu bangun itu boleh memberi kesan kepada keseluruhan hari anda. Kerana itu, tidur yang berkualiti penting untuk memastikan anda dapat menjalani kehidupan dengan cemerlang sepanjang hari.
Tetapi bagaimana hendak mendapatkan tidur yang berkualiti? Ada yang mengambil makanan dan minuman tertentu sebelum tidur. Ada juga yang mengamalkan senaman ringan. Tetapi salah satu cara moden yang dapat membantu tidur berkualiti adalah dengan jam pintar.
Jam pintar boleh memberikan maklumat berguna tentang tidur anda, ia dilengkapi dengan ciri-ciri yang diperlukan di samping prestasi tinggi dan rekaan yang penuh bergaya.
Markah Tidur
Bagi memberi pandangan menyeluruh, Galaxy Watch6 menyediakan analisis mendalam waktu tidur menerusi markah di dalam Markah Tidur. Ia memproses pelbagai maklumat pengguna seperti waktu tidur, kitaran tidur, waktu terjaga, tahap fizikal serta tahap mental pengguna. Dengan maklumat ini, ia akan memberi markah kualiti tidur pengguna untuk mengetahui apa yang perlu dibuat seterusnya. Anda juga boleh rujuk kepada video ini.
Jurulatih Tidur
Bagi mendapatkan markah tidur lebih baik, sudah pasti pengguna perlu mengambil langkah aktif untuk memperbaiki kualiti tidur. Ia boleh dilakukan menerusi bimbingan tidur yang betul. Fungsi ini ada disediakan pada Galaxy Watch6 melalui arahan dan tips tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur, terus dari muka jam. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut bimbingan di telefon pintar dengan skrin lebih besar.
Hilangkan Gangguan
Bagi menyediakan suasana tidur sempurna, langkah terbaik adalah memastikan semua peranti dipadamkan. Dengan Galaxy Watch6, ia boleh menghidupkan Mod Tidur secara automatik bagi memastikan telefon pintar dan jam pintar, tidak lagi memberi gangguan kepada pengguna.
Antaranya, membisukan notifikasi, merendahkan kecerahan skrin serta mengaktifkan sensor LED inframerah tanpa cahaya, supaya pemantauan boleh terus dijalankan sepanjang waktu tidur.
Badan Cergas, Minda Cerdas
Untuk mendapatkan minda yang cerdas, perlu ada badan yang cergas. Badan yang cergas pula boleh dimiliki dengan tidur yang berkualiti. Galaxy Watch6 boleh membantu ke arah tidur yang baik untuk diri anda menerusi laporan harian. Pakai Galaxy Watch6 sepanjang waktu tidur untuk memantau waktu tidur mengikut tahap, markah tidur, tahap oksigen dalam darah, tahap berdengkur dan banyak lagi.
Jam pintar ini juga boleh membantu pengguna memperbaiki cara tidur, sekaligus meningkatkan kecergasan diri menerusi bimbingan dan panduan yang disediakan di dalam Galaxy Watch6. Ia boleh ditetapkan di dalam peranti dan digunakan terus dari pergelangan tangan.
Jika anda mahu meningkatkan kecergasan diri, anda boleh perbaiki kualiti tidur dengan mendapatkan jam pintar Galaxy Watch6 atau Watch6 Classic. Ia memiliki skrin yang besar dan sangat cerah, tetapi nipis dan ringan.
Ada banyak pilihan tali jam dan ia sangat mudah ditukar. Boleh dapatkan tali jam fabrik, pilihan terbaik untuk dipakai waktu tidur kerana sangat selesa dipakai dan tidak terasa beratnya.
Beli Siri Galaxy Watch6 dari sekarang hingga 30 September 2023 untuk tawaran yang luar biasa ini:
- 20% PWP Diskaun untuk Siri Galaxy Buds, Samsung Accessories dan Samsung Care+.
- Pengecas 15W[1] percuma bernilai RM59 dan Watch Cradle percuma bernilai RM129.
- Rebat[2] sehingga RM300.
Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic boleh dibeli dari pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Galaxy Watch 6.
[1] Dalam warna putih atau hitam dan tertakluk pada kesediaan stok.
[2] Peranti terpilih sahaja. Sebarang kerosakan diterima. Terhad di lokasi terpilih sahaja.