• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone 15 & iPhone 15 Pro: CelcomDigi, Maxis dan U Mobile akan buka tempahan awal pada 22 September

  • OLEH Najib
  • 3:55 pm
  • 15/09/2023
  • Komen
iPhone 15 & iPhone 15 Pro: CelcomDigi, Maxis dan U Mobile akan buka tempahan awal pada 22 September
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro. Apple mengekalkan empat model untuk siri ini iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Menurut Apple Malaysia, tempahan awal untuk semua model iPhone 15 akan dibuka mulai 22 September 2023. Jualan pula akan bermula seminggu kemudian, pada 29 September 2023.



Tempahan awal iPhone 15 di CelcomDigi, Maxis & U Mobile

Sehubungan itu, syarikat telekomunikasi (telco) utama Malaysia telah mengumumkan kesediaan mereka untuk tempahan awal siri iPhone 15. Tiga telco telah menyatakan kesediaan mereka iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

Untuk telco yang baru bergabung, CelcomDigi menerima tempahan awal siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro secara atas talian, di Kedai Online Celcom atau di Kedai Online Digi, pada 22 September 2023 mulai pukul 12.01 tengah malam.



Di Maxis pula, mereka juga menerima tempahan awal siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro secara atas talian. Lebih mudah, Maxis menyediakan panduan untuk melakukannya. Tetapi Maxis dilihat mahu pengguna bertukar kepada pelan baru Maxis Postpaid 5G dan pelanggan perlu memastikan mereka tidak lagi terikat dengan kontrak lebih dari sebulan.

Jika ia sama seperti tempahan sebelum ini, mungkin Maxis akan menggunakan sistem beratur maya. Untuk itu, pelanggan perlu bersedia dengan sambungan internet yang pantas dan stabil untuk memastikan kejayaan menempah peranti yang diingini.

Selain itu, Maxis juga menawarkan pembayaran secara ansuran tanpa faedah, selama 24-bulan atau 36-bulan melalui program Maxis Zerolution. Maxis turut menerima peranti lama melalui program tukar tebus bersama CompAsia, serta hadiah bernilai lebih RM12,000.

U Mobile juga telah memuat naik poster mengenai tempahan awal siri iPhone 15 pada 22 September 2023. Tetapi belum ada maklumat lanjut mengenainya, seperti di mana atau bagaimana untuk membuat tempahan.

Harga iPhone 15 dan iPhone 15 Pro di Malaysia

Berbanding pelancaran siri iPhone 14, harga semua model iPhone 15 di Malaysia telah naik RM200. Malah, Apple telah menghapuskan storan 128GB untuk iPhone 15 Pro Max, menjadikan harga terendahnya lebih mahal iaitu storan 256GB.

Berikut adalah harga rasmi siri iPhone 15 di Malaysia

iPhone 15 6.1″

128GB – RM4,399
256GB – RM4,899
512GB – RM5,899

iPhone 15 Plus 6.7″

128GB – RM4,899
256GB – RM5,399
512GB – RM6,399

iPhone 15 Pro 6.1″

128GB – RM5,499
256GB – RM5,999
512GB – RM6,999
1TB – RM7,999

iPhone 15 Pro Max 6.7″

256GB – RM6,499
512GB – RM7,499
1TB – RM8,499

Selain daripada telco, anda juga boleh membuat tempahan awal siri iPhone 15 di Stor Online Apple Malaysia serta pengedar sah Apple mulai 22 September. Pembelian siri iPhone 15 di Malaysia akan dibuka mulai 29 September 2023.

Ketahui lebih lanjut tentang telefon baru Apple ini dalam berita pengumuman iPhone 15 dan iPhone 15 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • iPhone 15 Pro: 5 perkara yang anda perlu tahu
  • iPhone 15 Pro lebih berkuasa main game, ada kamera telefoto 10x zum dan USB-C terpantas
  • Harga iPhone 15 lebih mahal di Malaysia, boleh ditempah mulai 22 September
  • Penyesuai USB-C ke Lightning Apple berharga RM159
  • iPhone 15 Pro ada USB-C yang sangat laju, tetapi kabel laju dijual berasingan dari RM399
  • iPhone 15 dinaik taraf dengan kamera 48MP zum 2x telefoto, Dynamic Island dan USB-C
Tags: applecelcomCelcomDigidigiiphoneiphone 15iphone 15 plusiphone 15 proiphone 15 pro maxmaxisu mobile
Najib

Najib

POPULAR

iPhone 15 & iPhone 15 Pro: CelcomDigi, Maxis dan U Mobile akan buka tempahan awal pada 22 September

iPhone 15 & iPhone 15 Pro: CelcomDigi, Maxis dan U Mobile akan buka tempahan awal pada 22 September

15 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER