• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

Amazfit Balance, pertama dengan ZeppOS 3.0 dengan tanda harga RM1,099

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:05 pm
  • 21/09/2023
  • Komen
Amazfit Balance: Ada Zepp Pay, boleh lakukan pembayaran tanpa sentuh macam Apple Pay
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit hari ini mengumumkan penjualan Amazfit Balance, jam tangan penjejak kesihatan terbaharu yang mereka bawa masuk dalam pasaran Malaysia. Amazfit Balance akan mula dijual pada 22 September 2023 ini pada harga RM1,099.

Beli Amazfit Balance di Shopee



Fizikaliti Amazfit Balance sangat mirip kepada Amazfit Cheetah yang kami reviu tempoh hari. Ia ada panel paparan AMOLED sebesar 1.5” dengan bingkai materi aloi aluminum berbanding badan plastik pada Cheetah. Seperti biasa, jam tangan ini kalis air sehingga 5ATM dan ada dua butang fizikal di bahagian sisi badannya.

Perkara yang unik tentang Amazfit Balance adalah ia diperkasa Zepp OS 3.0 yang terbaharu. Ia juga adalah produk pertama Amazfit yang menyokong Zepp Pay, ciri pembayaran nir sentuh seperti Apple Pay, Google Pay, Garmin Pay, dan Samsung Pay. Walau bagaimanapun, ia tidak disokong untuk pengguna Malaysia.



Satu lagi ciri unik jam tangan ini adalah pada kehadiran Bioelectric Impedance Sensor. Ini juga yang pertama dalam produk Amazfit dan menggunakan sensor ini, Amazfit Balance boleh menganggarkan metrik seperti Body Fat, Bone Mass, Skeletal Muscle, Protein, Muslce, BMI, Body Water Level, dan Basal Metabolisme.

Lain-lain sensor standard masih lagi hadir seperti produk-produk sebelumnya seperti BioTracker 5.0 PPG, Biometric Sensor, akselerometer, giroskop, sensor geomagnetik, tekanan udara, termometer, dan GPS dwijalur.

Daripada segi ketersambungan, Amazfit Balance ada Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 2.4Ghz. Ia juga ada storan dalaman yang boleh digunakan untuk menyimpan lagu untuk didengari kemudian hari menggunakan sambungan Bluetooth terus ke fon putik anda.

Daripada segi ketahanan bateri, Amazfit Balance dilapor mampu beroperasi sehingga 14 hari dengan penggunaan kasual berbekalkan bateri 475mAh. Pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 2 jam.

Tags: amazfitamazfit balance
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Amazfit Balance: Ada Zepp Pay, boleh lakukan pembayaran tanpa sentuh macam Apple Pay

Amazfit Balance, pertama dengan ZeppOS 3.0 dengan tanda harga RM1,099

21 September 2023
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN